Selasa, 22 Februari 2011

[ gambar ] baby yang ada 12 Jari Tangan, 14 Jari Kaki





Yangon, MYANMAR - Ketika hampir melahirkan Lee Yati Min, ibu gadis itu tahu anaknya mempunyai sedikit 'kelebihan'.

"Saya bertanya kepada jururawat apakah anak saya dilahirkan lengkap dengan tangan dan kaki," kata ibunya. "Mereka menjawab bahkan bayi saya mempunyai lebih dari yang dia perlukan."

Lahir dengan 12 jari tangan dan 14 jari kaki, Le mungkin manusia yang mempunyai kemampuan "digit sempurna" pernah lahir di dunia. Sekarang, keluarga gadis berusia 16 bulan yang miskin itu mencari Guinness World Record untuk membuktikannya.

Seorang jiran membantu ibunya menuntut rekod yang sekarang ini dipegang oleh seorang kanak-kanak dari India, yang mempunyai 12 jari tangan dan 13 jari kaki.

Polydactylism - kelahiran dengan jari tangan atau jari kaki tambahan - cukup biasa, tetapi jarang seseorang itu memiliki jari lebihan pada kedua-dua tangan dan kakinya, seperti Le.

Le tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah kayu kecil di pinggir bekas ibukota negara Asia Tenggara, Yangon, di mana ia berjalan dengan tujuh jari kaki pada setiap sebelah kaki.

Phyo Min Min Soe, 26 tahun, berkata hari Selasa ini dia hendak melihat Le mendapatkan rekod dunia, tapi walaupun tanpa itu (rekod dunia), puterinya ini telah memiliki kehidupan yang bahagia, dan bahkan dengan 'kelebihan' semulajadi itu.

"Dia kelihatan mempunyai satu cengkaman yang lebih kukuh pada setiap benda -- jadi dia tidak menjatuhkan banyak benda," katanya, sambil Le bermain-main dengan telefon bimbit.

Menurut laman Guinness World Records, rekod untuk jari tangan dan jari kaki yang paling banyak dipeghang oleh dua orang di India, yang mempunyai 12 jari tangan dan 13 jari kaki masing-masing.



ps: Allah Maha Besar...


6 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

subhanallah...

ayu ada kawan...yang terlebih 1 jari di sepasang tangan dan kaki..

genius dia skrang

Terapi Demam Berdarah berkata...

wah polidactili nih

specky gurlz berkata...

semoga dengan kelebihan tersebut..memberikan manfaat untuk dia

garfield88_aini berkata...

takut susah nak cari saiz kasut sal jari2 kaki banyak sangat... sy kaki yang nmpk kembang cikit pun susah cri kasut bersarung...

Kaseh berkata...

subhanaALLAH... tgk kebesaran ALLAH.. akak ada sepupu..masa mak dia ngandungkan dia..mak dia terlanggar penyu melintas.. bila dia dilahirkan ..jari kaki dia ada mcam kaki penyu..terlebih sket..

~ Ummi Izati Sharifudin ~ berkata...

subhanallah...
moga dgn kelebihan tu dpt beri manfaat yg baik buatnya...

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy