Ahad, 20 Februari 2011

[ gambar ] Kekasih Berkenalan Ketika Hendak Bunuh Diri

Selamatkan antara satu sama lain ... Andriej Ivanov dan Maria Petrova

Seorang pemuda yang patah hati telah merancang untuk terjun daripada sebuah jambatan tetapi telah menemui 'cinta' sebenarnya — dengan seorang gadis yang juga ingin membunuh diri di tempat yang sama.

Andriej Ivanov, 26, hendak mengakhiri hayatnya apabila tunangnya mati dalam satu kemalangan kereta sehari sebelum mereka dijangkakan untuk berkahwin.

Tetapi apabila sebaik tiba di jambatan di Ufa, di tengah Rusia — dia mendapati Maria Petrova sedang memanjat pagar jambatan.

Maria, 21, telah dihalau keluar oleh ibu bapanya kerana telah mengandung. Dia hanya sesaat lagi akan terjun daripada ketinggian 100 kaki ke dalam sungai Belaya yang sejuk ketika Andriej datangmenyelamatkannya.

"Dalam hati saya berkata dan saya tidak boleh membiarkan dia melakukannya walaupun pada masa yang sama hati saya sendiri sedang begitu kecewa.

"Saya menjerit, 'BERHENTI !' dan berlari kepadanya. Dia jatuh pada lengan saya sambil terisak-isak dan saya juga turut menangis. "Kami menahan niat antara satu sama lain lalu bercakap, bercakap dan bercakap. Malam itu telah menyelamatkan hidup saya - dan hidupnya."

Pasangan itu terus berbual sehingga ke malam dan bersetuju untuk membantu satu sama lain mengubati hati mereka yang terluka.

Kini mereka merancang untuk berkahwin setelah memberitahu keluarga masing-masing tentang bagaimana kisah pertemuan mereka.

Maria berkata: "Dia adalah kesatria saya dan penyelamat saya.
"Semua kesakitan dan kepediham itu berbaloi kerana ia membawa saya untuk bertemu Andriej saya."



11 ulasan:

specky gurlz berkata...

~ngeee~sweet sesangat pertemuan yang tak dirancang

Vanilla Espresso berkata...

nie lah di namakan Ajal belum tiba, if not dua dua pun dah tak ada dalam dunia ini..begitu hebatnya penagan sebuah cinta sehingga manusia sanggup membunuh diri dek kerana perasaan kecewa melanda diri..semoga pasangan tersebut terus berbahagia selamanya...

Edy Fee berkata...

perghhh romantik lak

aQimie Ceplos berkata...

wah~ kalau mcm tu aq pon nk bnh dr la.. mne tw ade jmpe awek baru :) weeeehehehe

dya adriza berkata...

sweet~ syukurlah dua2 sedar bnda tu salah

ibu hidayahamin berkata...

romantiknya...

TeQah Khaire berkata...

sweet plak. :))

sawn berkata...

Aku pun suka entri ni

Kaseh berkata...

lahaiiii..camtu pun ada eikk..jodoh dorang kot...kat mesia ada ke camnih lalalala

izaLis™ berkata...

jodoh..heeeee~

nora amila ghazali berkata...

waaaaa....

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy