Jumaat, 4 Februari 2011

[ gempar ] 726,000 Kondom Jepun Hilang Di Malaysia



TOKYO - 726,000 kondom yang dihantar ke Jepun melalui Malaysia telah dicuri. Ribuan kondom itu hilang ketika transit di antara Malaysia dan Jepun.

Seperti dilaporkan AFP, Khamis (3/2/2011), sebanyak 726,000 kondom polyurethane (super nipis) dimasukkan ke sebuah kontena di kilang Malaysia untuk dieksport. Pengeluar Sagami Rubber Industries mengeksport prophylactics dari Malaysia ke Jepun, tetapi penghantaran tersebut didapati kosong apabila ia tiba di kilang utama firma tersebut di sub-bandar Tokyo.

Jurucakap syarikat Norinari Wakui berkata: "Ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan kami sangat keliru. Kami tidak pasti adakah perkara ini dirancang."

Dia menambah bahawa kunci kontena juga telah digantikan sebelum penghantaran meninggalkan pelabuhan Malaysia.

Barangan yang hilang merupakan kondom yang 14% lebih tipis dari produk konvensional yang memiliki ketebalan sekitar 0.02 milimeter. Harga kondom yang hilang itu mencecah sehingga 1.5 juta Dollar.

Diasaskan pada 1934, Sagami Rubber Industries ialah pembuat kondom yang pertama Jepun.


sumber: klik sini

3 ulasan:

::astonishing az:: berkata...

adalah dalang di sebalik semua ni kot..hehe...gila kondom

MaErA kZz berkata...

hihi...lawak lahh...bnda tu pown bley hilang...

Kaseh berkata...

macam mana la bleh hilang kondom sebyk tuh... kita tgk kes buang bayi berlambak je nih..isk

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy