Selasa, 22 Februari 2011

Ghadafi Sudah Cabut Ke Venezuela?


BRUSSELS - Spekulasi tentang kedudukan pemimpin Libya Muammar Ghadafi semakin meluas. Pejabat kementerian luar negeri England, William Hague mengatakan, ada kemungkinan Ghadafi sedang dalam perjalanan menuju ke Venezuela.

"Anda yang bertanyakan kepada saya apakah Ghadafi berada di Venezuela," kata Hague kepada wartawan selepas pertemuan dengan menteri luar negeri Uni Eropah (UE) yang membahaskan revolusi di Libya dan negara Arab.

"Saya tidak mepunyai informasi yang mengesahkan perkara itu. Tetapi saya ada menerima informasi yang menyatakan dia dalam perjalanan," sambungnya seperti dilaporkan AFP, Isnin (21/2/2011). Ghadafi memang selama ini dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan Presiden Venezuela Hugo Chavez.

Seorang diplomat yang enggan dikenali kemudiannya menambah keterangan Hague. Informasi tersebut diperolehi daripada laporan agen yang dihubungi di sana.

Meskipun begitu, diplomat tersebut tidak juga dapat mengesahkan apakah benar Ghadafi sudah meninggalkan Libya.

Ketika dihubungi untuk kepastian, pejabat Venezuela membantah khabar angin ini. Sumber AFP di Venezuela mengatakan, Ghadafi tidak ada menghubungi pemerintah Venezuela kebelakangan ini.



2 ulasan:

Kaseh berkata...

erkk baru tahu....

Sekamar Rindu berkata...

Kaseh,

hehe..berita masih belum disahkan..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy