Rabu, 16 Februari 2011

Ibu racun dua anak


KRITIKAL...suspek dirawat di Hospital Serdang

KAJANG: Tragis apabila dua beradik maut selepas dipaksa minum susu dicampur racun oleh ibu kandung di rumah mereka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mayat dua beradik terbabit, Rashmeka, 4, dan Neeharika Laxmi Sivarajah, 12 bulan, ditemui bergelimpangan dengan mulut berbuih dalam sebuah bilik.


Difahamkan, selepas meracun kedua-dua anaknya, wanita berusia 30 tahun terbabit meminum racun dan kini dilaporkan kritikal di Hospital Serdang. Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ketika kejadian, ibu bapa mentua wanita terbabit berada di rumah berkenaan.

“Kejadian itu disedari ibu mentua mangsa yang hairan apabila menantunya tidak membuka pintu bilik walaupun diketuk berkali-kali. Bimbang keadaan itu, mentuanya menghubungi suami wanita terbabit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Menurutnya, sebaik suami wanita itu tiba rumah, dia menyuruh isterinya yang pernah mengalami masalah mental membuka pintu, tetapi tidak berjawab. “Dengan menggunakan kunci pendua, suami wanita itu membuka pintu bilik berkenaan sebelum terkejut apabila melihat isteri dan dua anaknya bergelimpangan dengan mulut berbuih,” katanya.


Azman berkata, suami wanita berusia 33 tahun itu membawa semua mereka ke hospital sebelum pakar mengesahkan kedua-dua anaknya sudah meninggal dunia. “Bagaimanapun, isterinya masih kritikal di Hospital Serdang. Hasil siasatan, polis mendapati ibu kanak-kanak itu pernah menerima rawatan psikiatri dan pernah cuba membunuh diri

“Polis masih menyiasat kes berkenaan secara terperinci dan mengenal pasti motif wanita terbabit membunuh kedua-dua anaknya, namun saya tidak menolak kemungkinan dia mempunyai masalah mental,” katanya.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suami mangsa yang juga seorang tukang gunting bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih bersedih ketika wartawan Harian Metro berkunjung ke rumahnya, semalam.


Bagaimanapun, seorang ahli keluarga lelaki itu mengesahkan wanita terbabit mempunyai sejarah mental sejak kecil dan bergantung kepada ubat.


“Ini perkahwinan kedua wanita itu, sebelum ini dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan suami pertamanya dan kami kesal kenapa dia sanggup membunuh kedua-dua anaknya kerana mereka masih kecil,” katanya.


Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali mendakwa wanita terbabit tidak mengalami sebarang masalah, malah dia tidak pernah mendengar sebarang pertengkaran antara mereka suami isteri.


“Kami terkejut apabila dimaklumkan seorang jiran lain wanita terbabit membunuh anaknya dengan memasukkan racun dalam botol susu mereka,” katanya.




p/s: menyedihkan

11 ulasan:

Kakzakie berkata...

Kesian anak-anak yg tak tahu apa menjadi mangsa ibu yg sakit mental...

specky gurlz berkata...

peh..tergamak dia buat macam tu..tak sayang anak agaknye huhu

Kaseh berkata...

sorry to say tapi india mmg takkan lari dari racun..cubala try menda lain pulak..pastu rasa2 nak bunuh diri..toksah bunuh anak tuh..bunuh diri sendiri suda...

wahida berkata...

malang sungguh nasib 2 beradik tu...sedihnya lahai....

Misz Norash berkata...

aish..macam2 kes yg meruntun jiwa...huhu

Miss Tira berkata...

Kejam kejam kejam.. Tapi kita tidak boleh menjatuhkan hukuman terus. Tira rasa mungkin wanita ini ada masalah mental (gila). Siapa tahukan...

Haaaish, dunia akhir zaman.

P/s: Jom singgah blog Tira :)

juju.johanizah berkata...

hai..manusia,manusia...

nohoho =) berkata...

patut nya jangan bagi ibu yang ade masalah mental jaga anak

sAsyA berkata...

anak yg x besalah jd mangsa..

eyna azmi berkata...

kecian anak yang tak berdosa

ria berkata...

hmmmmmmmmmmm. . manusia manusia..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy