Jumaat, 11 Februari 2011

kisah temuduga aku semalam...seksanyaaa.....




saya sebenarnya ingin memohon maaf pada sahabat2 saya kerana dua tiga hari ni line saya sungguh bermasalah ..tak dapat saya nak membalas kunjungan sahabat2 saya....

sedikt kisah saya berkaitan temuduga PPPLS DG41 pada pagi semalam...(10/2/2011)..segalanya berjalan lancar..alhamdulillah...

masuk dengan memberi salam, ada sedikit gugup..namun saya boleh mengawal dengan berselawat dalam hati..alhamdulillah..segala yg ditanya dapat dijawab dengan lancar..

saya diminta memperkenallkan diri, dalam masa memperkenalkan diri ini, penemuduga tanya pelbagai soalan yang berkait-kait...mcm2 dia tanya,..

saya rasa saya yang paling lama...lebih kurang 45 minit ( wp masa dah tamat masih ingin ditanya lagi....

" keluarga awak berasal dari Pattani kan?" tanya penemuduga..

terkejut saya mendengar kata-kata tersebut....bila saya kata..." mungkin la Tuan.."...

mungkin ya...bila saya jwb mcm tu....dia pula tanya pasal Pattani...saya jwb lah apa yang patut..


" ok...katakanlah saya ni anak murid cikgu, yang tak faham dengan tajuk Putaran Bumi, mcm mana kamu sebagai guru nak memberi kefahaman pada saya yang tak faham tu.." tanya beliau..

Pengalaman mengajar sains soalan itu memang tak menjadi masalah pada saya.. saya menerangkan pada beliau hampir 10 minit, dengan mengaitkan pelbagai teori2 tertentu...

bila saya menyebut pasal teori... dia pun secara nak memerangkap saya...

" boleh percaya ke teori-teori ni..?"

hampir 2o minit berlaku....dia tak putus2 menyoal saya....

" cuba bagitahu saya Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan merumuskan dalam 5 ayat mudah.." saya tak nak panjang2...saya nak ringkas..." katanya..

" Ya Alllah....mcm mana nak ringkas pula..

bila saya menyebut untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI (Jasmani, emosi, rohani dan intelek.."

dia tanya pula..." cuba bagi tahu saya...makna seimbang yang kamu faham..?'..buktikan pada saya pelajar itu betul2 seimbang.."

saya menjelaskan pada beliau " pendidikan di malaysia ialah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu,melahirkan insan yg seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan........"

"ok..bagus"

beliau membuka air mineral yang ada di atas meja...sambil berkata..

" awak tahu tak air menirel ini sangat bagus untuk kesihatan.." saya hanya menyiakan saja..


lepas minum..dia tanya lagi....


" dalam ringkasan pengajaran yang kamu tulis setiap hari, cuba terangkan satu persatu..

saya menjelaskan padanya.. setiap dalam buku ringksan....

perlu ada, Theme:.., topic, Learning Area, Learning Objectif, Learning Outcome, SPS,dan Refleksi..dll

" ok..cuba terangkan maksud Refleksi....tanya dia lagi....

selepas soalan tersebut...dia tanya lagi...

" bagitahu saya tugas2 kamu di sekolah....soalan ni berjela2 la saya bagitahu.....bila saya bagitahu, saya juga memgang jawatan setiausaha PIBG, dia akan tanya tentang PIBG pula... ( soalannya yang sangat berkait-kait......).


soalan ini berkaitan dengan KSSR..( Kurikulum Standard Sekolah Rendah), sila nyatakan apa itu stadard kandungan dan standard pembelajaran?... soalan ini boleh saya jwb dengan lancar...

cuba terangkan Matlamat, Fokus, KSSR ..mengapa dipanggil Standard? tak menggunakan ayat lain?

saya tahu masa dah tamat ( dah 45 minit), tapi saya mahu tanya lagi..satu soalan yang last.....

" kalau murid bertanya kamu..di manakah pusat dunia? mcm mana kamu nak menjawb??

saya termenung seketika....beberapa saat....lantas menjawab dengan yakin...

Pusat dunia terletak di Mekah tuan..!

mendengar jawapan saya....saya lihat penemuduga memandang tepat ke mata saya....

" kalau saya kata bukan......?"

"pada saya itulah jawapan yang tepat...kalau tuan kata salah...terpulanglah pada tuan...kata saya...

( dalam hati....saya berkata.." bila laa nak abis ni...")

sambil tersenyum dia membenarkan saya keluar...selepas bersalaman ....


sampai sekarang saya tertanya2 di manakah Pusat Dunia??.. ( terasa nak tunjuk ke pusat aku...tadi) .betulkah jawpan yang ku jwab Mekah tadi?..sebanyak hampir 25 soalan yang ditanya..hanya soalan "pusat dunia saja yang saya tak dapat nak jawab..."


tawakal sajalah..............




..menaip dalam line yang tak berapa baik

30 ulasan:

puanbee berkata...

temuduga untuk apa lah yer ? mcm takut je !

whitecappuccino berkata...

Tahniah..anda telah menjawab dgn jayanya..hehe..pandai2 jerk..wah! banyaknyer soklan..Insyaallah lepas la tu..

juju.johanizah berkata...

semua kejayaan perlukan pengorbanan kan..btw..gudlux ok..

Isa berkata...

pusat dunia "in your heart : istana hati"

Isa berkata...

And I love this song....

aQi + GenGkey berkata...

pusat bumi ialah di mne tmpat nye kite b'pijak..
kt mne kite b'diri..
kt situ lah pusat bumi..
pd aQi itulah jwpn yG tepat..
kalo salah..terpulanglah..
ngaa~~~ :D

Azwa Azee berkata...

good luck 4 ur interview..

Mahfuzah Husna Zulkifli berkata...

Banyaknya soalan kena tanya. Betul pusat bumi barada di Mekah. Tgk di youtube. Calculation yg dilakukan para saintis membuktikan. Dari segi timezone pula, Mekah lebih tepat utk dijadikan panduan masa untuk seluruh dunia, bukan Greenwhich seperti yg diajar kepada kita dlm geografi masa sekolah dahulu... Sorry to say, certain silibus di Malaysia berpandukan western, lari fakta. This is just my own opinion.

Mahfuzah Husna Zulkifli berkata...

Assalamualaikum (trlupa plak) :)

ita cutevirus berkata...

salam cikgu,
saya baru pertama kali dengar tentang pusat dunia...
kat mana ye?

Adzriel AB berkata...

hebat...kalau saya mau dah gagap tu. he..he.. hantam sajalah..

Kaseh berkata...

perghhhh susah gak interview nih eik...macam2 kena soal tu..haishh..

Shafa berkata...

semoga berjaya!

nurayunni berkata...

pusat dunia tue kat mne ye?sy pun x tahu nie..

nunama berkata...

hehehe.
aah ek? kat mana la pusat dunia tuh.
insyaAllah. semoga berjaya! (n_n)

Sharifah Nur Aina berkata...

uish. seramnyaa nak kerja nantii

~sEpOhOn KaYu~ berkata...

MasyaAllah mmg mencabar betul soalan penemuduga tu!

Kakzakie berkata...

Oh... nak naik pangkat dah. Kakak doakan moga berjaya. Pusat dunia mungkin juga di mekah sebab itu menetapkan arah Qiblat apabila matahari betul-betul tegak berada di atas Kaabah. Nak kena tanya pakar nie.

Ok gak ada jawapan pantas. Hebat....

HATYCIKNUURUL berkata...

as-salam,..uiissh,lame beno yer tmdga tu cikgu,.aii,klu sy,dh ranap dh,.xtau ape nak jwb,huhu,.plus,sy bkn dlm bidng tu,.hehe,..tp pape pon,hebat la 2 sbb lame dn dpt jwb semua,.pusat dunia 2 kat mane?,.*haiissh,tnyer lg,.dh ckgu pon cnfuse*,.haha

JunAina berkata...

agaknya kalau aina yang ditemuduga sebegitu...kelu seribu bahas kot...

ibuintan berkata...

Tahniah... bepeluh tak tadi?

Jangan lupa belanja dapat DG41 nanti ye..

Norju's berkata...

wah, hebat..
time bace, rase mcm sy plk yg ditemuduga..takowt..
tahniah, moga2 temuduga ni berhasil..InsyaALLAH..
yg pasal pusat dunia tu, hebat soklan dia. nasib baek jwb Mekah, ada logiknya..kalau sy, terkial2 kt situ..ntah2 merapu msk bab fizik kimia ntah..haha..

Norju's berkata...

yag u..:)
http://funtionaloflife.blogspot.com/2011/02/first-time-dapat-tagyuhuutq-cik-fafa.html

Dinas Aldi berkata...

tu diaaaa banyak benor soalan yg ditanya! lama tu sampai 45 minit!

Dinas Aldi berkata...

eh, akak lupa nak ucap semoga berjaya dalam temuduga tu dik.

Eya Si Mawar Merah berkata...

hahaaa
temu duga yang menarik

sicomot-comel berkata...

haha..
lamenye SR kena interbiu..
mcm dekat sejam je..

smoga SR berjaya ye =)

p/s: paling klkar bila SR nak jwb pusat dunia kat pusat SR tu..hahahaha

RaNiA berkata...

salam..tahniah dpt jawab suma soklan2 tue..mencabar gak tue..

Gentleman Frog berkata...

salam,

u mengajar di mana?

e l y n berkata...

thanks sekamar rindu sebab follow my blog.;)

rajin2 la comment blog kay? ;)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy