Jumaat, 4 Februari 2011

wahai diriku...apa khabar kamu saat ini...??


Hidup ini memang sukar dan sangat mencabar..di pagi yang hening ini aku cuba bertanyakan khabar tentang diriku.. sejak awal tahun 2011 hingga kini hidupku tak pernah sunyi dengan ujian dan dugaan yang menimpa..ujian yang datang bertali arus..lepas satu satu...hingga lelah dan lemas segalanya..

wahai diriku...,kamu perlu tahu segala ujian dan dugaaan ini adalalah guru yang tidak bercakap..yakinlah diriku..segalanya takdir dan perlulah redha..wahai diriku...kamu nampakkan pelangi yang muncul di kaki langit petang tadi? Pelangi..cantikkan?..terasa kalau boleh mahu saja kamu mendapatkan pelangi tersebut..tapi apakan daya..sudah lumrah..sesuatu yang indah tak semestinya kita dapat..Ironinya itulah alam yang mengajar kita erti sebuah kecewa..

wahai diriku.., Allah swt Maha Pengasih, yakin dan tetapkanlah di dalam hati..buangkan lah rasa kecewa itu....biarlah orang lakukan pada kamu...kamu jangan sesekali membalasnya.. kamu perlu sentiasa mencungkil hikmah di sebalik ujian dan dugaan yang menimpa kamu. Wahai diriku.,..kamu perlu berbaik sangka, sabar, redha, tawakal dengan kerenah-kerenah dunia ini...ramai orang suka bermuka-muka, baik hanya di depan kamu saja...di belakang kamu apa yang tidak dikatakannya..biarkanlah semua itu..jangan dihiraukan sangat..

wahai diriku.., kamu sedar tak...ramai kawan-kawan kamu yang dulu sangat baik, sanggup berkongsi susah senang kini meninggalkan mu?..itulah hakikat yang kamu perlu sedar wahai diriku.. usahlah ditanya kenapa ini terjadi..nanti bertambah kekusutan yang melanda..biarkanlah semua itu berlalu..maafkanlah mereka-mereka itu..



4.19am

9 ulasan:

sissyira berkata...

salam pagi jumaat =)

saya juga bertanya khabar tentang perasaan saya, kenapa kebahagiaan yang saya cari itu semakin menjauhi diri..

... berkata...

as salam..
wahai sahabat..
perenggan yang terakhir itu..
kamu perlu sedar..jika kawan -kawan kamu sudah 'terjebak',menjadi tanggungjawab kamu untuk menegur dari sekeras-keras cara, hingga selembut-lembut cara disisi-Nya..
sesgungguhnya jika kamu tak membnatu mereka yang telah terpecok itu, sama seperti kamu menghalalkan perbuatan mereka.sebagia seorang sahabat, kita kena berusaha untuk memulihkan mereka dan pada masa yang sama pada diri kita sendiri agar sentiasa dalam lindungan-Nya..
dunia ini hanya ujian-Nya..sesugguhnya nanti bila amal kita dihitung, perbuatan kita 'meninggal'kan sahabat-sahabat kita yang mungkin telah tersungkur pada akhir hayat mereka, dipersoalkan Allah..bagaimana? wallahu'alam..jangan patah semangat.selagi kamu masih bernyawa, selamatkan mereka..itu hak kamu setelah kamu berusaha sdaya upaya.dan menjadi hak-Nya untuk memberikan Hidayah kepada mereka.semoga sahabat-sahabat kamu mendapat Hidayah-Nya..ameeen..

IMANSHAH berkata...

salam

itu lumrah, orang mengata kita..jangan kita balas, hiduplah dengan dunia kita, dunia pengabdian kita pada Ilahi

norh berkata...

pada dirimu; Allah maha mengetahui apa yang lebih baik untuk kamu..

Shikin berkata...

Assalamualaikum,
Dik setiap manusia yang diuji dengan pelbagai ujian yang bertalu-talu dari Allah adalah kerana Allah menyayanikita..apa salahnya kita dicubit sesekali.
Semasa diuji inilah Allah nak tunjukkan kepada kita apa yang sebenarnya kita lupa..kita lupa kita mengeejar cinta dan nik mat dunia sedangkan kita semakin jauh dari cinta dna rindu pada Allah.
Dik, di sini juga Allah nak tunjukkan kita sesuatuyang sangat bernilai,,kasih yang sebenar..bersyukurlah dengan apa yang kita milikibukan dengan apa yang kita sudah hilang atau akan datang,
Dik,
Percayalah ujian ini mempunya hikmah yang sangat besar dan adik yakinlah dengan janji Allah pada setiap insanyang Dia sayang.

Semoga adik beroleh ketenangan dan mendapat redha Allah..
Menangis dan mohonlah Allah memandang kita dengan rahmat dan kasihNya.
Amin

Sekamar Rindu berkata...

salam..mohd fadzli,

terima kasih atas ulasan anda..

Sekamar Rindu berkata...

salam...cikgu IMANSHAH,

saya sentiasa sabar menempuh semua ini..terima kasih pada cikgu..

Sekamar Rindu berkata...

salam...norh,


terima kasih norh....

Sekamar Rindu berkata...

Walaikummuslam..puan Shikin,

saya sangat berterima kasih atas komen puan yang sangat bernas itu..

semuanya akan dijadikan panduan..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy