Jumaat, 11 Mac 2011

cinta mekar di tasik hati


kamar rindu ini mengungkap malu..
seorang perempuan..
bersama wangi cintanya
yang dibaringkan di ranjang..

perempuanku..
telah kupetikmu
daripada ribuan bunga di taman cinta..
lalu ku dambakan
wangimu mengalir di tasik hati..
abadi..

sayangku..
kita selamanya..
memacu cinta di padang harapan..
pohon-pohon takdir
selalu memusimkan
buah-buah suka dan duka..
lalu tanpa ada curiga..
marilah kita benamkan prasangka..

kamar rindu ini..
menjadi saksi
kita layari perkongsian pertama
bersama segugus harapan..
kau berpaut padaku..
dan aku menggayut cintamu.



3 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

nice....:)

Sekamar Rindu berkata...

CintaZulaikha,

terima kasih puan...

Kaseh berkata...

indah kata2nya..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy