Rabu, 30 Mac 2011

Gadis bertudung cari kerja untuk mencuri


SHAH ALAM - Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.

Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.

Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.

Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di sini.


p/s: tudung hanya hiasan saja..



12 ulasan:

maira berkata...

berpurdah sekalipun, kalau dalam hati tiada iman & taqwa... macam2 boleh dibuatnya huhu...

jangan kerana seorang bertudung buat peel, semua yang lain terpalit kesannya :(

manueng berkata...

ni la yg mencemar imej islam...islam tu elok je...org islam tu yg x brape nak elok...ish3~

nurkass berkata...

subhanallah..
ada maksud tersirat rupanya..
haihhh.jgnlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga..

CintaZulaikha berkata...

ramai jek yg perangai camni skrg nih...huhuhu

sy pnh tgk org yg cenggini, depn mata lagi..tp lg dasat, sb org tu pakcik tua...boley g2..humm

KuNanGKuNanG berkata...

ape la punye org...mcm la xde keje lain...

**::CIKNUURUL::** berkata...

moga dia diberi hidayah,..insyallah,.

Sekamar Rindu berkata...

*::CIKNUURUL,

harap2 mcm tulah cik nurul..:)

Sekamar Rindu berkata...

KuNanGKuNanG,

memang tak ada keje lain la tu..:)

Sekamar Rindu berkata...

CintaZulaikha,

penah tengok..?..dasat...:)

Sekamar Rindu berkata...

nurkass,

kadang2 benda2 mcm ni..memberi kesan yg negetif pada seorang wanita..

Sekamar Rindu berkata...

manueng,

betul..tu. sangat memcemar imej islam...

Sekamar Rindu berkata...

maira,

setuju dengan komen kak maira

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy