Jumaat, 18 Mac 2011

Gadis kelar tangan selepas dirogol



KUANTAN: Seorang gadis bertindak nekad menggelar pergelangan tangan menggunakan serpihan kaca selepas mendapati dia dirogol tiga rakannya, Isnin lalu.

Perbuatan gadis berusia 17 itu disedari bapa saudaranya yang mengesyaki sesuatu yang pelik selepas mendengar suara mangsa teresak-esak ketika bersendirian dalam biliknya di rumahnya.

Sebaik membuka pintu, bapa saudaranya terkejut melihat mangsa sedang memegang serpihan kaca sambil menggelar pergelangan tangannya.

Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya ketika keluar dengan tiga rakannya di sebuah kebun kelapa sawit di Kota Bahagia, Muadzam Shah, Rompin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, mangsa mendakwa dipelawa tiga rakannya melepak di sebuah kebun kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang.

“Sebaik tiba di pondok usang di kebun itu, tiga rakannya itu menawarkan sejenis minuman ‘Thai Song’ menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar.

“Ketika mabuk, tiga rakannya itu mengambil kesempatan merogol mangsa bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah,” katanya.

Haris berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan anggota polis pergi ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui beberapa tompokan air mani dan puntung rokok dalam pondok terbabit.

Katanya, polis kemudian menahan ketiga-tiga suspek terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan





15 ulasan:

hanim azhari berkata...

adoii..membe jenis ape yg sggp merosakkan membe sendiri..huhu

Puan Kutu berkata...

emm macam2 zaman skang nie..

Tanpa Nama berkata...

Apalah pergi kelar tangan, itu percubaan bunuh diri namanya, yang lepas tu lepaslah, akan datang lebih berhati-hati. lain kali ingat, anda tu pompuan bercampur pulak dengan lelaki berlainan jantina tentulah si lelaki ada 'plan something' kat pasangan yang berlawanan dengannya.

.syamim. berkata...

sedihnya ;(

Kakzakie berkata...

Semakin menjadi-jadi sekarang perbuatan hina itu di negara kita. Semakin dicegah/dipapar semakin menjadi pulak...

maira berkata...

kesiannya.. at the 1st place, kenapalah ikut kawan lelaki gi lepak kat kebun lewat petang tue... hmm....

storyfromme berkata...

kawan makan kawan!susah nak percaya orang sekarang ni.

CintaZulaikha berkata...

sekarang nih kekadang kengkawan pon kena tgk2 dlu. lebey lagi yg baru knal sehari dua.

klu knl lama pon , kna tgk perangai..
ntahlah, susah tol zaman skrg nih..ni ada anak pompuan ni jadi lg brtambah risau..huuh

saya YANA berkata...

nth.. pe la.. wat pe la ikut lelaki..kat kebun lak tu..adoi..

EYFAalias berkata...

fuhh ! nasib baik kena tangkap !

muhamad hanif berkata...

haihh..nsib tak mati..saje je taknak cium bau syurga ;)

manueng berkata...

pompuan ni xde rase syak wasangka lgsg ke kat kwn2 laki dia tu? dia sorg ppuan + 3 jantan + pondok usang kat kebun sawit + 6.30pm....x cukup mencurigakan ke ni? adoi la...

dlm ape keadaan pun, seeloknye ppuan kene pastikan bilangan kaum dia (ppuan) mesti lg ramai drpd bilangan laki bila nak kua same or nak bjumpe...contohnye, 2org ppuan, 1 laki...

tempat plak kene la yg ramai org...baru la slamat sket...

nak lg elok, keluar tu bia ade muhrim teman

digital kelok berkata...

pelik nye la budak ni. 6.30 ptg g ikot laki masok kebun. mungkinkah dia x punye rasa segan? atau kemampuan menggunakan akal fikiran dengan waras? pelik3.

Kaseh berkata...

okeh akak sokong ckp manueng...

manueng berkata...

kak kaseh: time kasih...hehe;)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy