Sabtu, 12 Mac 2011

Guru Teater Cabul


KUALA LUMPUR: Dua pelakon remaja yang terbabit dalam sebuah pementasan teater di Seremban, Negeri Sembilan, membuat laporan polis mendakwa dicabul pengarah teater itu ketika mengikuti sesi latihan.

Difahamkan, pengarah teater terkenal berusia 60-an itu dipercayai mencabul ramai lagi pelakon remaja yang mengikuti sesi latihan teater berkenaan, namun setakat ini polis menerima hanya dua laporan berhubung kejadian.

Suspek dikatakan mengambil kesempatan meraba mangsa di sebuah rumah di Seremban yang dijadikan tempat latihan pementasan bakal diadakan bulan depan.

Sumber berkata, latihan teater itu berjalan sejak tiga bulan lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku beberapa minggu lalu

“Setakat ini dua mangsa membuat laporan polis awal minggu ini dan akibat pendedahan itu, projek pementasan dijadualkan berlangsung pada 1 dan 2 April ini dibatalkan serta-merta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, polis menerima laporan mangsa masing-masing berusia 14 dan 17 tahun.

Menurutnya, mangsa bersama 24 lagi pelajar sekolah menengah mengikuti sesi latihan itu setiap Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

“Mangsa yang belajar di sekolah menengah di luar Seremban mendakwa pengarah produksi persembahan itu mengambil kesempatan mencabul mereka ketika latihan.

“Siasatan terperinci dijalankan kerana kita belum dapat pastikan berapa kali mangsa dicabul serta sama ada pelajar lain turut menjadi mangsa,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan.

Pengerusi Karyawan Negeri Sembilan, Siti Salbiah Zahari berkata, pihaknya terpaksa menghentikan teater itu dan akan menggantikannya dengan pementasan lain.

“Kita tunda projek ini sehingga Jun selain mengadakan persembahan dengan tajuk berbeza dan mengambil pengarah lain untuk menjayakannya.

“Saya tidak boleh membuat sebarang ulasan disebabkan perkara ini masih dalam siasatan polis, tetapi kami akan berusaha menjayakan pementasan teater membabitkan golongan remaja kerana matlamat kami ialah menarik minat pelajar terhadap persembahan seni ini,” katanya.


sumber: harian metro 12hb Mac 2011


11 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

apakah??...dlu pon salu join teater. tp naseb baik tader yg perangai gitu. ni sumer cuma nak amik kesempatan jek. maklumlah bebudak tgh nak seronok blakon. jd drg tak bape nak pikir psl apa yg bakal terjadi.

sbnrnya kalau nak join teater ni, kna tgk sape pengarah dy dulu. bagi yg tak kenal, harus kena ati2. jgn anggap cabul tu gurauan. sb kdg2 ada jek pikir yg depan nak main2, gurau2..serius ckp..

anyss berkata...

AsSalamualaikum,
Subhanallah. Dah tau kita tu glamer, muka orang kenai...awatnya la dok buat keja tak senonoh dengan budak bawah umur pulak.

Remaja sekarang ni dah tinggi kesedaran hak asasi mereka. Bukannya mereka nak malu pun jadi mangsa benda-benda gini hingga tak report polis, tapi...lagi dia orang buat repot adalah. Tegakkan kebenaran. Syabas pelajar terbabit! Bila dah teraniaya macam ni, kena ke depan. Biar dia reti skit...huh!

Alamak! ter EMO sikit...ampun tuan blog!


“Tsunami di Jepun: Rakyat Malaysia selamat”

“Sabah dilanda Tsunami?”

muhamad hanif berkata...

ishh.cm2 skali,teruk,

Encik Amman berkata...

bila nafsu kuasai diri, sukarlah membendung diri. berusia sebegini memang satu cabaran. Apa dia ingat budak2 tu mentah lagi ke tak boleh nak buat tindakan. Ish3.

Tapi teater dibuat disebuah rumah. ramai2 kan. dah tentu2 ramai pakai santai. macam mana kalau budak2 tu pakai seksi ke ape.

salah siapa sekarang ni?

Sekamar Rindu berkata...

Encik Amman,

pertama sekali terima kasih atas komen en.Amman..

kadang gadis2 yang masih mentah dan belum tahu selok belok seni terjebak dalam hal ini..

Sekamar Rindu berkata...

muhamad hanif,

sangat memalukan....

Sekamar Rindu berkata...

anyss,

perbuatan mecabul adalah perbuatan yg paling keji..tapi yang keji itulah dilakukan

Sekamar Rindu berkata...

CintaZulaikha,

betul tu...mungkin ada pengarah yg hidung belang suka mengambil kesempatan ke atas para gadis2..

perlu ada kesedaran untuk elak hal ini..

CintaZulaikha berkata...

ye lah cik SR..hati2 tu paling penting. tapi kata en amman pon betoi jugak..

kita kena sama2 perlu sedar. seni bukan bermakna membuat segala perkara yg tak patut. seni tu indah..jangan conteng arang ke tpt yg tak patut..sian org seni yg btol2 nak memartabakan seni..

Sekamar Rindu berkata...

CintaZulaikha,

setuju dengan pendapat puan..seni tu memang indah..yg tak indah nya anasir2 yang mengotorkan keindahan seni itu..

Kaseh berkata...

susah nak percaya org sekarang ni..macam2 hal boleh berlaku...

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy