Selasa, 22 Mac 2011

IBU TUNGGAL DAN 3 ANAK DIROGOL BOMOH



ROMPIN: Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40-an yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 50-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit.
“Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk ‘menurunkan’ ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan.

“Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Johari berkata, siasatan awal mendapati, tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.

“Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.

“Siasatan turut mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.

Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa. -




sumber: Harian Metro

17 ulasan:

syuwai berkata...

ish, bodohnya.. dasar bomoh gila seks!

p/s anda dijemput join my first GA http://syuwaistory.blogspot.com/2011/03/ga-lets-go-green-save-earth.html

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

jgn percaya bomoh.. pergi la kepada pengamal perubatan secara islam. tu la padahnya

cik sakdi berkata...

kalau dah kene pukau,, mcm ne ek nak halang? adeh takot je kalu jadi mcm tu

Citarasa Rinduan berkata...

subhanallah...

kadangkala kita tak terfikir pu benda ini akan berlaku....

Zaza berkata...

huhu..u g jahanam la bomoh..u takder akal ke?anak ko kena rogol baru tau...no masa depan laa...siot

hanim azhari berkata...

ggrr..bomoh kuang ajo!! ni lah akibatnya klu percaya ngn bomoh huhu

eyna azmi berkata...

takut ngan bomoh ..sebab dah kena tipu...

ladyzamea berkata...

buat apalah nak jumpa bomoh segala...
takut i...huhu!!

Cik Kamoo berkata...

ini bukan binatang bomoh nie....teruk drp binatang!! laknat tul

Budak Botak berkata...

cian, dh kena pukau x leh nk buat apa lah. dasar syaitan btol...

si para para berkata...

kita mulia.
tapi boleh jadi hina. lebih teruk dari haiwan yang tak mempunyai akal.
mana letaknya kita di sana nanti..
alangkah malangnya..

Siti Fatimah Fuzz berkata...

euww.....bomoh tuu tak leh control nafsu....p kawen ja la....haish....

juju.johanizah berkata...

bodo betol..

dLa berkata...

jahat btoi org skrg niee

suka cartoon berkata...

bomoh bodo...so sesaper yg ank g berubat jgn pegi sendiri2..g pun tak payah percaya dengan bomoh..bukan betul pun..tak leh baik pun ..kalo sembuh pun penyakit tu mesti pakai makhluk halus..tak betul jugak kan..so g la cari ustaz..ustazah ker....

maira berkata...

bomoh cuma nak ambik kesempatan... tak tahulah kenapa sesetengah orang kita sangat kuat kepercayaan terhadap bomoh :(

Kaseh berkata...

moralnya jgn percaya dgn bomoh2 nih..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy