Ahad, 27 Mac 2011

munajat di subuh sunyi....

Ke mana saja ku pergi
sering kubawa kad pengenalan diri
yang mencatat butir diri:
aku yang bernama ....
lahir pada tanggal dan tahun sekian
pada jam yang disaksikan bidan
bila saja orang bertanya
dengan bangga aku berkata:
aku kelahiran tempat ini
warga sebuah negara di bumi


tapi
pada kad pengenalan
tidak tercatat tarikh mati
pun tidak dituliskan
dimana aku akan bersemadi


Tuhan
aku tidak tahu
tarikh dan waktu
tempat dan usiaku
kembali kepadaMu


4.07am

21 ulasan:

cik chinta berkata...

salam,awalnya bangun

ahsfantasy24 berkata...

jom sme2 beramal,
seolah2 mati pd esok hari..

Puan Kutu berkata...

sedihnya entri nie..tetiba takut..:)

░♥si lampu neon♥░ berkata...

kalau tercatat tarikh mati...ketar lutut ooo



Jemput3x…hehehe..
# Siapa Cikgu Shida @ Cik Shida Dari Parit ?? #
# Kedai Hadiah Online Paling Best !! #

juju.love.syam berkata...

syahdunya, penuh makna tau..

HATYCIKNUURUL berkata...

ya Allah,sgt menyntuh hati,..

Kakzakie berkata...

Tarikh itu tetap rahsia
yg pasti izrael tidak mungkir
perintah Allah dijunjung padu
sampai waktu seruan
kita akan pergi
menurut tanpa daya
tidak tertangguh barang sedetik
kematian itu tetap datang

Adzriel AB berkata...

wah... kawan kita manueng pun suka datang sini. mcm saya jugak le..

http://lensajingga.blogspot.com/2011/03/aku-mesti-jenguk-blog-ni-hari-hari.html

ibuintan berkata...

assalamualaikum SR,

slamat bercuti hujung minggu

mati itu pasti, namun bila dan di mana.. hanya Dia yang tahu

si para para berkata...

puisi ni sempoi tapi menikam..
hmmm kalau la semua sedar...

Khairil Shahmi Shaidun berkata...

Itu semua hanya Allah sahaja yang tahu...

Tanpa Nama berkata...

tetap kekal...hingga akhir hayat

blackrosehunter berkata...

anda ditag..


Blackrose's latest entry: "OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"

cikseliparjepun berkata...

ajal dan maut semua ketentuan-Nya..
thanks sekamar rindu coz join my blog..

dyea irdina berkata...

oleh itu kita kena sentiasa tetapkan dlm ati kita yg seolah2 kita akan mati seminit selepas ini..insyaallah kita akan tinggalkan apa yg tak elok dan buat perkara yg baik sahaja...dan menunaikan kewajipan pada yg esa tanpa rasa malas

ika puk puk berkata...

super nice entry :)

Norsha berkata...

memang kita manusia biasa
takkan tahu bila dan dimana
dijemput tuhan yg maha esa
andai diberi banyak petanda
pasti jiwa penuh gelora
kerna tahu diri tak bersedia
menempuh hidup di alam kedua
kerana itu takala masih diberi nyawa
marilah beramal sekuat daya
agar dengan rahmat yang Esa
kita kembali bekalan dibawa
tiada sangsi tiada duka
bertemu Pencipta yang kita cinta

mohdhafifi berkata...

di kala hening pagi
lemah lutut meruntun sepi
berdiri di bawah kebesaran ilahi
=)

azera berkata...

setuju...

Yana Rina berkata...

hati tersentuh tatkala membaca entri ini...

maira berkata...

syahdu & penuh kebenaran.. :)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy