Khamis, 10 Mac 2011

Rakyat Venezuela dilarang nyanyi di bilik mandi


Rakyat Venezuela baru-baru ini disuruh untuk berhenti menyanyi sewaktu mandi di bawah pancuran air.Suruhan ini dikeluarkan secara peribadi oleh presiden, Hugo Chavez.

Seiring situasi negara yang sedang mengalami kesulitan air bersih yang kronik dan krisis tenaga, presiden Chavez menyuruh warganya untuk memendekkan waktu yang mereka habiskan di bilk mandi.

"Beberapa orang dapat menghabiskan waktu lebih dari setengah jam berada di bawah pancuran air," katanya dalam mesyuarat kabinet yang disiarkan melalui salah satu stesen televisyen, dan dilaporkan Daily Mail.

Dia kemudian mengatakan bahawa ketika ini dia sedang memimpin satu pasukan untuk memerangi pembaziran tenaga.

"Saya tidak bergurau" tegasnya, "3 minit sudah lebih dari cukup untuk mandi. Saya sudah menghitung waktu mandi saya hanya 3 minit dan saya sama sekali tak bau."

Peningkatan permintaan dan kurangnya pelabur telahmembuat bekalan eletrik terputus dalam keadaan yang serius di Venezuela beberapa bulan terakhir. Situasi ini dipengaruhi oleh curah hujan yang rendah sehingga mempengaruhi takungan hidroelektrik yang menjadi penjana elektrik utama untuk negara tersebut.

Sebagai informasi, Presiden Chavez telah mengumumkan langkah-langkah untuk mengurangi penggunaan tenaga yakni dengan memerintahkan kementerian pemerintah dan perusahaan untuk mengurangi penggunaan tenaga sebanyak 20 peratus.



ps/: di malaysia ada ke yg dok nyanyi dalam bilik air ..??

14 ulasan:

saya YANA berkata...

sukehati la nk mndi lama ke kejap ke... bil kn sndr byr...eeehh.. hhuhuh...

apezs shah berkata...

haish lamanya mandi.. sampai setengah jam tu. apezs pon mandi xsampai 10 minit hehe.. tapi boleh mandi lama cuma tutup air bila xperlu guna.

Puan Kutu berkata...

BAGUS JIMAT AIR.HEHE

syuwai berkata...

ok la tu. dapat gak jimatkan air >.<

hehe

Sharifah Nur Aina berkata...

3 minit je mandi? =.=

kalau gosok gigi, dpt gosok 5 btg je gigi je

FATIN HIDAYAH MUHAMAD berkata...

3 minit memang boleh hilang bau tapi daki belum tentu leh hilang..kite org islam kne mandi smpi bersih dan suci...

=) just follow ur blog !!

muhamad hanif berkata...

err..islam mmg pentingkan kbersihan..tapi dalam masa yang sama islam tak galakkan pembaziran juga..bersederhana kn elok..

juju.johanizah berkata...

elok jugak camtu..kalau aku dok venezuela mesti x lambat pergi classs

D.Durahman berkata...

Ya Endong Ada Ada Aja.... heheh..
Nice info..

CintaZulaikha berkata...

nak mandi pon payah..kihkih. tapi btol jugak. dok lama2 dlm bilik air pon nak buat pe kan!

maira berkata...

baguslah kalau nak elakkan pembaziran, tapi 3 minit adalah terlalu sekejap... x puas mandi n rasa x sempurna la...

maira berkata...

baguslah kalau nak elakkan pembaziran, tapi 3 minit adalah terlalu sekejap... x puas mandi n rasa x sempurna la...

RaNiA berkata...

3 mins tak cukup..gosok gigi je dh lebih 3 mins..

Kaseh berkata...

haha jimat air macam nih...

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy