Selasa, 15 Mac 2011

SEGMEN APA KATA CINTA....


Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Blogger Di Blog Kisah Gadis Semasa dan Blogger Cik Sakdi kerana dua orang sekaligus telah meng Tag saya.. saya terima dua tag ... so....terpaksa jawab jugalah untuk dua-dua sekali...dalam SEGMEN APA ITU CINTA?? Yang Dianjurkan oleh Blog Pilihan Hati ( Al-Hakim)


Sebenarnya segmen APA KATA CINTA?.. agak berat untuk dikupas. namun saya akan jelaskan dari sudut pandangan saya, apa itu cinta....

Definisi cinta sebenarnya sangat luas..dan Allah SWT telah memberi rahmat serta cintaNya kepada seluruh alam ini, kepada semua benda yang ada di alam fana ini berkait rapat dengan Cinta-Nya..Berfokus kepada kita sebagaai manusia pula, Cinta ialah tiada batasanya. Saling memiliki tanpa syarat selagi ianya tidak keluar dari lunas-lunas agama serta hukum hakam agama islam yang suci itu.

Sebelum dikupaskan secara lebih medalam berkaitan dengan cinta, saya ingin menjelaskan beberapa jenis-jenis cinta..


  • Cinta Romantik-----> biasanya aspek fizikal diutamakan, cinta pandang pertamalah konon-kononnya. Selalunya cinta dalam kategori ini adalah percampuran emosi, keasyikan dan dan sensitifviti yang kuat antara pasangan.
  • Cinta Suka-Suka-----> Selalunya digayakan oleh individu yang tidak mahu ada komitmen apa-apa, Individu jenis ini bercinta hanya sekadar untuk suka-suka, ingin melepaskan boring saja..konon-kononya..dan langsung tidak mempunyai perancangan jangka masa panjang dengan pasangan ( perlu berhati-hati jangan terjebak dengan orang yang jenis ini.)
  • Cinta Sahabat--------> Individu dalam jenis ini, lebih menumpukan kepada perkongsian aktiviti berbanding emosi. Mereka yang berada dalam kategori ini biasanya sangat jarang merajuk..( sebab dia tahu..kalau merajuk pun tak akan ada yang nak pujuk2 pun..), juga jarang ada perasaan cemburu. ( sahabat baik la katakan. dan jika berlaku apa2 perpisahan, cinta jenis ini tidaklah memberi kesan besar sangat kepada pasangan yang terlibat..
  • Cinta Gila-------> Individu jenis ini berada dalam suasana yang terlampau-lampau dalam bercinta., cemburu buta dan selalu mengongkong pasangan.
  • Cinta Logika ( bukan magika filem tu ek)--------> Cirinya praktikal dan realistik. Individu yang bercinta dalam kategori ini sering memikirkan keuntungan peribadi. Mereka selalunya mahu pasangannya sama taraf dengannya..
  • Cinta Terkorban-----> Selalunya individu yang berada dalam kelas ini, tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada insan yang dicintainya, sedia memaafkannya. Mereka dalam golongan ini selalu inginkan kebahagiaan pasangannya berbanding diri sendiri.. Contoh.Suami sanggup kerja lebih masa, untuk dapatkan duit bagi membeli hadiah rantai emas buat isterinya..
Begitulah beberapa jenis-jenis cinta yang selalu ada dalam masyarakt kita, yang mendatangkan kebahagiaan atau kesengsaraan bagi sesiapa yang mengalaminya. Semua adalah pilihan masing-masing. Tetapi kadang-kadang tertanya pula di manakah cinta sejati yang menjanjikan kebahagiaan itu?.. Selagi anda masiih disebut sebagai insan yang jauh daripada kesempurnaan, maka kita semua pasti tidak akan memiliki yang terbaik, melainkan di syurga Allah SWT di mana Kekasih-Kekasih Allah SWT yang diciptakan untuk ahli syurga adalah pilihan yang sempurna

Cinta yang paling best ialah cinta dua insan apabila telah disatukan melalui ikatan perkahwinan. dan kita sebagai hambanya perlu selalu mengharapkan rahmat Allah SWT, agar cinta kedua-dua pasangan tersebut sentiasa mekar dan subur. Kerana apa?? kerana hanya rahmatNya sajalah yang menyatukan dua hati, menjaga dan melindungi daripada kejahatan makhluk? Siapakah yang melembutakan hati suami bagi menahan sabar saaat menghadapi kerenah seorang isteri jika bukan Allah SWT, Siapa pula yang meruntuhkan ego isteri ketika merajuk kalau bukan sentuhan rahmatNya.

Persoalan yang belum dijelaskan ialah Apakah maksud Cinta yang sebenarnya??? Cinta ialah terlalu abstrak untuk diperjelaskan. setiap orang mungkin ada definisi yang tersendiri.,..Ada sestengah orang sanggup mati kerana cinta.. Cinta juga sebuah legenda...legenda yang tak pernah selesai sehingga ke hari kiamat...dan cinta juga rumit serta dalam maknya... Cinta juga adalah pengorbanan, keredhaan.. kadang2 sesetengah individu mengandaikan cinta umpama pelangi.. Sangat cantik pelangi, penuh warna warni, tetapi terkadang2 kecantikan itu tak semua orang boleh memilikinya.. itulah alam yang indah di bumi Tuhan ini mengajar kita erti kecewa,..
mungkin ada yang kurang faham lagi kan??.,,memang susah nak dijelaskan sebab makna cinta ini sangat luas sekali...

Kita tidak perlukan definisi cinta yang sedalam-dalamnya untuk menghuraikan sedalamnya cinta...seperti jugalah kita tidak perlu penjelasan keterikan cahaya mentari yang kita rasakan teriknya...terasa panasnya...

saya akhiri segmen ini dengan puisi berikut :


Bahagia ada di kalungan bunga

Dipetik pujangga puisi

Dirangkai menjadi kata

Dijual di pasar cinta


Bunga bahagia dibeli pemuja cinta

Diselit di rambut kesuma dewi


Harum bunga

Disebar pawana malam

Rohnya dihirup pencari hati

Yang tersesat di antara pasar cinta dan keramaian

Pujangga puisi, pemuja jiwa dan pencari hati

Mereka merangkul bahagia

Pada malam keramaian

Di pasar cinta



sr....


saya dengan ini mengtag dua orang:




25 ulasan:

Kaseh berkata...

:( apa kata cinta... akak rasanya tiada cinta dalam hidup akak sekarang nih.. tapi insyaALLAH nati akak buat tag ni ya..thanx SR...

hanim azhari berkata...

apa kata cinta?

cinta ckp : cinta itu buta















~lalalala~ hehehe

hanim azhari berkata...

apa kata cinta?












cinta ckp : cinta itu buta















~lalalala~ hehehe

Miss Ran berkata...

panjang pengertian cinta anda

cik sakdi berkata...

yeay saya sangat suke jawapan ilmiah cikgu. i like.. itulah yang saya cube kupaskan tapi xtau macam mane,, hehehe

Norhayati Rostam berkata...

Tiada cinta dalam jiwa.
lalala~

Tanpa Nama berkata...

cinta bersamamu..

Citarasa Rinduan berkata...

suka bila cikgu kongsi definasi cinta...ayu tergolong dalam cinta sahabat...
tapi dalam blog jer...

Puan Kutu berkata...

wah pnjgnya..sy pun join jugak setelah ditag pd saat akhir.hehe gud luck

cujie berkata...

CINTA ade 3 bahagian iaitu:

1. Cinta itu hadir dari 2 hati yg tulus ikhlas dtgnya dari Allah SWT

2. Cinta itu hadir dari org ketiga iaitu syaitan.

3. Cinta itu hadir dari org ketiga iaitu jin.

jadi.. no berapa kah cinta kita skg nie berade yer..???

renung2kan & selamat beramal..
hehehehe ;)

al_hakim berkata...

wah..nice2..cinta pun bnyak jenis kan

Cik Ika Toppo berkata...

cinta suci murni....abadi..erkk

Sekamar Rindu berkata...

Cik Ika Toppo,

memang abadi...selama2nya..

Sekamar Rindu berkata...

al_hakim,

ya boleh dikelaskan dalam beberapa ketogeri..

Sekamar Rindu berkata...

cujie,

entahlah di no bape..:))

Sekamar Rindu berkata...

Puan Kutu,

ya...puan pun join juga..:) good..nanti baca...:)

Sekamar Rindu berkata...

Citarasa Rinduan,

terima kasih....:)

Sekamar Rindu berkata...

salam..tanpa nama,
'

:))) bersamamu..selamanya..

Sekamar Rindu berkata...

Norhayati Rostam,


nape cinta tidak ada dalam jiwa??

Sekamar Rindu berkata...

cik sakdi,

terima kasih..:)

Sekamar Rindu berkata...

Miss Ran,

pengertian cinta yang tiada definisnya...:)

Sekamar Rindu berkata...

hanim azhari,

ya...cinta memang buta...buta kah aku?

Sekamar Rindu berkata...

kak Kaseh,

sabarlah kak...:)

Norhayati Rostam berkata...

Sebab jiwa tak mengharapkan cinta.

cik nurussalwa berkata...

cinta adalah perbuatan, yang menyokong perkataan..

nice..
thnx join segmen ni..

all the best ye..

-juri

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy