Isnin, 14 Mac 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA


  1. Sila letak tajuk : SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA
  2. Jika anda blogger LELAKI maka sila jawab soalan ini..[ yess..Lelaki Sejati...!!]
    1. Wanita bagaimanakah yang menjadi pilihan hati anda ?
      Dalam soal melilih wanita pilihan hati sebenarnya, perlu dibuat secara berhati-hati, tidak boleh terburu-buru kerana kesilapan memilih akan membuat kita merana sepanjang hayat...sesuai dengan falsafah saya, "berkahwin cuma sekali".
      Semua mahu yang terbaik, tak bermakna saya mahu seorang wanita yang terlalu cantik..dan terlalu sempurna..sebab kecantikan itupun adalah subjektif..yang penting hati kita bahagia.dan rasa tenang dalam meniti perjalanan di pentas kehidupan bersamanya.

    2. Definasi keseksian seseorang wanita bagi anda ..
      Seksi bagi saya apabila saya menatap wajahnya hati saya berdegup kencang..

    3. Apakah maksud PENGORBANAN CINTA bagi anda ?
      Kita tak usah bercakap soal cinta, kalau tidak tahu tentang pengorbanan..tapi sejujurnya dalam cinta itu sendiri pun berkait rapat dengan pengorbanan. Cinta itu penuh pengorbanan, kepahitan, keindahan, dan kehangatan. Cinta adalah sebuah keinginan untuk memberi sebanyak-banyaknya, tanpa kita memikirkan balasan setiap apa yang telah berikan pada orang yg kita cinta..

      Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, “Saya akan menikahimu apabila saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

      Kekasihnya bertanya,


      “Sudikah kamu menikah denganku sekarang?” Tanpa apa-apa alasan, wanita itu menolak. Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata ,“Tolong jaga mata saya baik-baik…” [ satu contoh pengorbanan dalam cinta..! ]


    4. Perlukah pasangan anda berkorban apa saja demi membuktikan cintanya pada anda ?
      Tentang apa saja tu perlu diperjelaskan dengan tepat..Selagi tak bertentangan dengan hukum hakam agama, boleh dipertimbangkan.

    5. Jika keluarga pasangan anda tidak mahu menerima anda sebagai menantu mereka , apakah yang akan anda lakukan ?
      Sebagai lelaki, jika ini berlaku agak rumit, dalam satu-satu perkahwinan restu kedua-dua belah pihak sangat penting untuk kebahagiaan pasangan, tanpa restu mereka, masalah akan timbul di kemudian hari.....jika saya tidak diterima sebagai menantu,[ .." saya tidak akan teragak2 untuk memikirkan untuk langkah2 yang seterusnya......]

    6. Berapa kalikah anda putus cinta ? Kenapa ?
      Cinta monyet masa kecil2 dulu adalah..:

    7. Pada pendapat anda , lelaki atau perempuankah yang mudah berlaku curang ? Secara umum ... kenapa ?
      Sukar mahu mejawab soalan ini, saya tidak ada data dan layak untuk menjawab soalan ini..
    8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
      Perasaan cemburu sering dikaitkan dengan mesej kasih sayang..tak cemburu maknanya tidak sayang kan? Bagaimana pun, perasaan cemburu tu biarlah berpada-pada, janganlah cemburu buta.. jika berlaku juga cemburu yang tidak sihat, pasti akan memberi kesan yg negetif dalam satu2 perhubungan. Sejujurnya saya ada juga terasa cemburu..


20 ulasan:

Miss Ran berkata...

erk kalau dtakdirkan kene kawin lebih dr skali????

Fyqa berkata...

suka bca pndpat org mcm2 jpwan...

hihi.
salam singgah dri blog Abg Beng

http://fyqafullstop.blogspot.com/2011/03/segmen-cari-gaduh-lelaki-vs-perempuan.html

;D

Gen Fujita berkata...

Selamat mencari pasangan hidup. He he he...

{ finieViolet} berkata...

salam singgah dari blog B.A

segmen cari gaduh lelaki vs perempuan

pendapat yg unik dan menarik..

cik sakdi berkata...

tak macam gaduh pon!!! heheh

nur berkata...

bnyknye soalan..

Dekcik berkata...

jom kite bertukar pendapat =)
dari blog abg ben..
macam2 jwpan..

http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/03/segmen-ben-ashaari-soal-cinta.html

manueng berkata...

suka cerita pasal org buta tu:)

Sekamar Rindu berkata...

manueng,

kisah org buta tu..lambang sebuah pengorbanan yg suci dalam percintaan..

Sekamar Rindu berkata...

Dekcik,

yaa..jap lagi saya singgah..:)

Sekamar Rindu berkata...

nur,

tu la abg ben bagi banyak..:))

Sekamar Rindu berkata...

cik sakdi,

hehehe..tajuk je..:)))

Sekamar Rindu berkata...

{ finieViolet},

terima kasih..:))

Sekamar Rindu berkata...

Gen Fujita,

hahahahaha..:))))

Sekamar Rindu berkata...

Fyqa,

mcm2 kan pendapat..:))

Sekamar Rindu berkata...

Miss Ran

cukup sekali saja..:)

Miss Dill berkata...

pendapat sendiri, cerita emosi.

balas kunjungan.

Miss Dill^^

mas.saari berkata...

singgah dari segmen BA
salam perkenalan

macam2 pendapat tentang cinta
jom baca pendapat saya jugak!
http://masikarfan.blogspot.com/2011/03/segmen-ben-ashaari-soal-cinta.html

solo molo berkata...

terharu dengan peng0rbana lelaki kat jawapan no 3...


salam ziarah dar segmen s0al hati En Ben...

cik najihah berkata...

wah...tu die falsafah...hihi bes ..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy