Ahad, 10 April 2011

Gadis sembunyi baju dalam cuba tipu penguatkuasa..kena cekup bersama kekasih ..


GEORGETOWN: Dua pasangan kekasih termasuk seorang daripadanya yang cuba menyembunyikan bungkusan berisi pakaian dalam di sebalik pintu bilik hotel, ditahan dalam operasi cegah maksiat berasingan di Batu Ferringhi, di sini.

Dalam operasi kira-kira jam 3.35 pagi Rabu lalu itu membabitkan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.


Khairul Azman berkata, sebuah bilik hotel diperiksa dan apabila pintunya diketuk sebelum dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berusia 20-an itu tidak memakai seluar dalam apabila tangannya masih lagi memegang seluar dalam miliknya dipercayai tidak sempat dipakai.


Katanya, pemeriksaan juga turut dilakukan ke atas suspek wanita berusia 20-an dan didapati dia juga hanya memakai baju dan seluar sedangkan colinya berada dalam beg plastik.


“Semua barangan berkenaan kemudian dirampas sebagai bahan bukti dan pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Khairul Azman berkata, dalam satu lagi pemeriksaan di sebuah bilik hotel kira-kira jam 4.50 pagi selepas pihaknya menerima maklumat awam berjaya menahan sepasang pasangan kekasih.


Menurutnya, sebaik pintu bilik dibuka didapati terdapat seorang wanita berpakaian lengkap, manakala lelaki bersembunyi di sebalik pintu hanya dengan bertuala tanpa baju.

Katanya, ketika pemeriksaan mereka gagal membuktikan dokumen pernikahan yang sah ketika diminta dan akhirnya mengaku masih belum berkahwin sebelum ditahan dan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut.


sumber: metro ahad 10hb April 2011

[ cadangan : mereka yg ditangkap ini perlu dihukum sebat..buat mcm Acheh ]

29 ulasan:

hoyahadis berkata...

hurm..memang betul..sepatutnye mereka kena sebat seperti hukum yang Allah tetapkan..tapi kenapa cuma kena bayar denda..hanya orang miskin je yang boleh merasai hukuman itu..sbb mereka tak mampu nk membayarnya..(~_~)

Gen2Merah berkata...

ish ish.. macam2

Gen2Merah berkata...

huhuhu.. macam2... seksaan akhirat lagi dasyat

dLa berkata...

btul2, kalo kene sebat bru la dieorg tkut kot. nie stkt denda je. x bg kesan kot.

abu muaz berkata...

tahniah JHEAIPP kerana membuat kerja.

eyna azmi berkata...

alaihai ...budak budak zaman sekarang .... kesian kat mak bapak diorang ... kawin je la ...jangan wat kerja macam tu

cik sakdi berkata...

ikat je diorang kat pokok durian yang lebat buahnya, HAHA

MiSzy DiaN berkata...

muda nya lagi dah kena cekup..

nurayunni berkata...

buat operasi bnyk lgi,

**::CIKNUURUL::** berkata...

sebat je die ckgu,.xreti2 lg mne halal mne haram,.=)

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Mudah sgt terpedaya dgn syaitan laknatullah! Moga cepat2lah bertaubat.

deqla manjew berkata...

ish3..da x thn sgt nikah jew la..
sggp wat dosa maksiat drpd tunaikan slh 1 kewajipan dlm islam (nikah)...
ape nk jd la...

maira berkata...

astaghfirullah..... semoga diberikan petunjuk & hidayah olehNya...

CintaZulaikha berkata...

humm...dah ramai sgt yg camni skrg...tak tau nak buat apa da~~

Sekamar Rindu berkata...

CintaZulaikha,

yang haram juga dilakukan..dunia..dunia..

Sekamar Rindu berkata...

maira,

ya kak..moga diberi petunjuk..mudah2an..

Sekamar Rindu berkata...

deqla manjew,

sepatutnya mcm tu la puan...

Sekamar Rindu berkata...

Miss Mirror a.k.a Sam,

ya..mudah sangat terpedaya...tu yg menyedihkan..

Sekamar Rindu berkata...

::CIKNUURUL,

tu yg sepatutnya..

Sekamar Rindu berkata...

nurayunni,

mog pihak berkuasa membuat serbuan dengan lebih kerap...dakwa ke muka pengadilan merka yg terlibat

Sekamar Rindu berkata...

MiSzy DiaN,

muda lagi dah pandai bergelumbang dengan maksiat..

Sekamar Rindu berkata...

cik sakdi,

hahaha...:)

Sekamar Rindu berkata...

eyna azmi.

sangat kesian kak...sepatutnya tak buat hal yg memalukan tu

Sekamar Rindu berkata...

abu muaz,

tahniah....juga dari saya...

Sekamar Rindu berkata...

dLa,

sebat di khalayak org ramai..baru memberi pengajaran pada kita semua.

Sekamar Rindu berkata...

Gen2Merah,

seksaaan di alhirat lebih pedih ...

Sekamar Rindu berkata...

hoyahadis,

sepatutnya mcm tu...

Sekamar Rindu berkata...

terima kasih atas komen sahabat2 saya...di entri ini..

Sazali berkata...

dunia semakin menuju ke pengakhiran...semakin banyak maksiat berleluasa...

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy