Ahad, 10 April 2011

hari-hariku....

hari-hari tanpa isi adalah
merayau-rayau di taman
mengharung daun-daun kering gugur berselerak
dan di satu bucu
di bawah pepohon telanjang
suatu bangku
diduduki kekosongan.

hari-hari tanpa tuju adalah
merayau-rayau di kota
mengharung manusia-manusia susul berarak
di atas kaki lima dawas
dan di satu penjuru
di bawah kekosongan konkrit
suatu lampu jalan
menyalakan kebosanan.

hari-hari tanpa cita adalah
merayau-rayau di hati
mengharung perasaan-perasan bulur bersemarak
di dalam monokrom alam
dan di satu musim waktu
seorang insan
menelanjangkan keresahan

hari-hari tanpa cinta adalah
hari-hari tanpa tuju adalah
hari-hari tanpa isi adalah
hari-hariku..


6 ulasan:

~fais~ berkata...

hari-hari yang kita lalui adalah
hari-hari yang kita cipta.
jika kita ciptakan hari itu kosong, maka kosong lah ia.
jika kita kita hiaskan hari kita dengan menyedekahkan senyuman pada yang menerima, membuka gati pada yang sudi. pasti hidup kita akan terisi.

kenangan yang tercipta bukan untuk ditangsi
tapi untuk di kenang di kala sunyi
di kenag juga bukan untuk mengalirkan airmata
tapi di kenang untuk mengukirkan satu senyuman.

:)

Sekamar Rindu berkata...

~fais~,

terima kasih atas komen ..:)

**::CIKNUURUL::** berkata...

waaa,bestnyer komen fais tu,.hehe,.best jgk puisi ckgu ni,.sy suke,.

hari-hariku yg dulu kosong mkin trisi dgn snyuman tawa rakan-rakan,.
alhmdlillah,.

Sekamar Rindu berkata...

:CIKNUURUL,

terima kasih pada cik fais dan cik nurul juga...sanngat dihargai.:)

maira berkata...

seronoknya tengok orang pandai bermadah puisi... sejuk hati membaca bait2 indah disini :)

Sekamar Rindu berkata...

maira,

kak..kata2 yg biasa2 je kak..:)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy