Ahad, 10 April 2011

Rayuan Jimmy ditinggalkan isteri [ sejujurnya saya sungguh bersimpati pada Jimmy ni..]


KEBIASAANNYA, isteri sering digantung tidak bertali, tetapi gelora yang berlaku dalam mahligai impian pengacara popular, Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Shuhaimy, berlainan benar ragamnya.

Mereka yang bernikah pada 1 Oktober lalu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari. Akibat berselisih pendapat dalam soal hidup berkelamin, Suhaila meninggalkan Jimmy.

Walaupun dipujuk dan dirayu oleh Jimmy, Suhaila sebaliknya masih enggan tinggal bersama Jimmy malah dia berkeras mahu menetap di rumah ibu bapanya.

Biarpun berjaya dihidu media, perkara itu hanya dibenamkan Jimmy di dasar hati.

Tiga bulan tempoh diberikan, Suhaila tidak juga lembut hati sedangkan dalam rahimnya sudah tumbuh segar benih daripada hubungan suci bersama Jimmy. Akhirnya Jimmy bersuara.

Jimmy yang selama ini cukup dikenali sebagai pengacara yang gila-gila dan bersifat remaja bertukar menjadi lelaki matang.

Dia tidak putus asa menagih kasih Suhaila yang kini hamil enam bulan.

Jimmy nekad memfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.

Suhaila sebelum ini meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga mertuanya pada 28 November lalu.

Dia tidak mahu memperjudikan nasib anak yang bakal lahir serta enggan melepaskan talak secara sia-sia terhadap wanita yang diangkat menjadi isteri.

Keluh resah Jimmy tidak terhingga. Jimmy, anak yatim piatu, hanya mahukan kasih sayang biarpun terpaksa berdepan spekulasi dan fitnah.

Sensasi Bintang: Suhaila kini mencabar anda?

JIMMY SHANLEY: Saya masih menanti perbicaraan seterusnya pada 23 Mei nanti. Kalaulah ada keputusan, saya akan terima dengan hati terbuka.

Setakat ini, saya cuma berusaha yang terbaik. Ibarat orang sakit, takkan harus dibiarkan sahaja menunggu saat kematian, kena bawa berubat, perkahwinan juga begitu.

Siapa yang bersalah dalam soal ini?

Semua pihak bersalah. Saya mengaku salah saya dan saya buang segala keras kepala saya, tapi nampaknya dia masih pertahankan egonya.

Sampaikan pergi ke Mekah untuk mengerjakan umrah pun tak minta izin dengan saya. Pergi buat ibadat yang sunat tapi lupa kewajipan kepada suami.

Untuk apa simpan isteri yang sudah membuang Jimmy daripada hidupnya?

Sejak kecil saya impikan kasih sayang. Saya mahu hidup bahagia bersama isteri dan sekarang saya buat semua ini demi anak dalam kandungannya.

Saya terkilan sebab tak dapat pengalaman temankan isteri dan beli barang keperluan bayi dengan isteri. Semua kelengkapan bayi telah sedia.

Biarlah derita saya hanya sembilan bulan ini, tapi derita Suhaila akan berlarutan sepanjang hayat.

Maksudnya?

Saya mahu menjaga anak saya bila selamat dilahirkan nanti. Saya sudah fikir panjang sebab itulah saya tidak mahukan perceraian.

Saya mahu bahagia menjadi seorang bapa kalaupun tidak bahagia menjadi suami, tapi adakah Suhaila akan bahagia? Tolonglah berubah wahai Suhaila.

Sungguh memalukan, berkahwin 20 hari dan berpisah, jika berbaik, mungkin akan bergaduh lagi?

Biarlah saya malu berdepan masyarakat asalkan saya tidak malu dengan hukum Tuhan.

Rasanya, Jimmy sudah faham benar sejauh mana sikap isteri?

Sebab itulah ada tempoh berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Kini saya sudah masak perangainya. Dia berjanji macam-macam dan mahu berubah perangai selepas berkahwin, tetapi begini jadinya. Saya tidak akan putus asa.

Sikap mertua dalam soal ini?

Saya kagum dengan sikap mertua. Mereka sanggup bawa saya ‘berubat,’ jumpa mana-mana ustaz untuk dapatkan nasihat, bawa anak (Suhaila) ke Mekah untuk berdoa dan lembutkan hati. Saya sangat hormatkan keluarga mertua, mereka yang banyak sabarkan saya.

Adakah Suhaila ada lelaki lain?

Saya tidak tahu, setahu saya semua perkara hendak dikongsikan dan habiskan masa bersama teman ‘sehidup semati.’ Berkawan sampai lupa kepada suami. Sakit otak saya dibuatnya.




45 ulasan:

Skype Crew berkata...

Allah nk uji dia jer tu. InsyaAllah, lps nie adela tu hikmah disebalik semua.

kita doakan yg terbaik jela utk jimmy tu.. ;)

[Gambar] Tangkap Ular Sawa Di Sarang Pakai Tangan Jer!!!

Ayie berkata...

sedangkan lidah lagikan tergigit.. adat la kak.. tapi agak kesian la kat bro jimmy tuh.. Susah nak cari lelaki setia mcm tuh kat dunia sekarang nih..

Hoi bank islam

Encik Amman berkata...

apakah masalah yang dibuat tu ye? begitu marah sekali sang isteri sampai minta cerai... berkahwin baru dalam 20 hari..beribu2 habis sebab nak kawin..tapi nak cerai pule..

NUR AYNIE berkata...

aduh susah jugak kalu jd kes mcm nie huhu

CintaZulaikha berkata...

osh peliklah...btol kalau nak kata mmg kes diorang nih kes heran..bini dy npk sgt cam budk2.

tp tu tak taulah kan..bukn kta tau pe yg berlaku. bg sy jimmy sgt baik. knpa hrus jd hal bgini pd dy..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~

ahsfantasy24 berkata...

sabar dgn ktentuan..
inssyaallah ad solusi trbaik..

Saffrina Ropiee berkata...

Suka semua jawapan Jimmy ni. Nampak dia sangat matang. Sepatutunya artis mahupun orang lain kena ada sikap macam ni.

Isteri dia patut bersyukur dpt suami macam ni. Payah nak cari sekarang ni.

Sekamar Rindu berkata...

ahsfantasy24,

moga diberi kesabaran kepada saudara Jimmy..

Sekamar Rindu berkata...

kak..CintaZulaikha,

memang betul kak,.pelik.jarang2 berlaku kan?

Sekamar Rindu berkata...

NUR AYNIE,

moga diberi jalan keluar di dalam kekusutan ini..

Sekamar Rindu berkata...

Encik Amman,

entahlah..en.amman...hanya mereka saja yg tahu..kita doakan yg terbaik buat mereka..

Sekamar Rindu berkata...

Ayie,

susah nak cari lelaki lelaki yg mcm jimmy tu..

Sekamar Rindu berkata...

Skype Crew,

memang ujian berat buat mereka..

Sekamar Rindu berkata...

Saffrina Ropiee,

sama2 kita doakan yang terbaik buat mereka..

ANA FARHA berkata...

saya pun tumpang simpati pada jimmy..

baru : durian oh durian..

h4ni3 berkata...

alahai.. kesiannya jimmy

si suhaila ni rasanya otak tak matang lagi.. tak sedia lagi lagi isteri nampaknya

sea_lavender berkata...

kdgkala kte merasakan mereka mmpu kecapi kebahagiaan..namun akhrnya kecundang ..segalanya tentu penuh hikmah d sebaliknya dr-Nya..

Sekamar Rindu berkata...

ANA FARHA,

20 hari saja....rasai nikmat bahagia.sangat kesian kat dia.

Sekamar Rindu berkata...

h4ni3,

berat mata yg memandang..berat lagi bahu yg memikul..

Sekamar Rindu berkata...

sea_lavender,

benar..semuanya ada hikmah yg tersembunyi...

dLa berkata...

kesian jimmy. mmg penyabar btol die. kalo lelaki lain ntah2 da kne cerai kot bini die tu

efa nur berkata...

kesiannya..huhu

dapat doa kn yg terbaik je buat mereka..

hanim azhari berkata...

kesian kat jimmy ni..mintak2 isterinya berubah pikiran huhu

Sekamar Rindu berkata...

hanim azhari,

memang kesian...tapi apa boleh buat..berat mata yg memandang..barat lagi bahu yg memikul..

Sekamar Rindu berkata...

efa nur,

rasa kesian..

Sekamar Rindu berkata...

dLa,

memamng jimmmy seorang yg kuat dan tabah...

nida husna berkata...

tiba2 aku jadi kesian kat Jimmy,,
tapi semua ni dugaan,, semoga dia sabar menempuhinya

mr.winter berkata...

aiihhh.. doa sgt2 aku kawin nnti isteri x mcm nih.. n 4 jimmy, respect!! untung ada laki cmtuh tp x bsyukur... -.-"

**::CIKNUURUL::** berkata...

besenyer hati prmpuan akn lmbut stlh dpjuk ryu sume,.tp yg ni nape keras kpale sgt ek,.huhu,.smg die tabah dn smg ikatan prkhwnan mrka kmbali brtaut bhgia,.

Zharif Azis berkata...

baik nya jimmy :)

whitecappuccino berkata...

kesiannya..semoga jalan yg terbaik akan muncul untuk mereka.

Sekamar Rindu berkata...

whitecappuccino,

betul.tu segala kekusutan dapat dileraikan..mudah2an..

Sekamar Rindu berkata...

Zharif Azis,

moga jimmy tabah menghadapi ujian ini..

Sekamar Rindu berkata...

::CIKNUURUL,

tak tahulah cik nurul..

Sekamar Rindu berkata...

mr.winter,

terima kasih...mr.

Sekamar Rindu berkata...

nida husna,

dugaaan yg besar buat jimmy..

LittleGurl berkata...

Tak tau nak cakap. Zaman sekarang ne,susah benar kite nak buat andaian. Manusia terlalu cepat berubah dn terlalu susah nk berubah mnjadi yg lebih baek.

dlm kes abg jimy ne,mmg dugaan yg amat besar. Tapi LG tabik hormat kt a.jimy sbb sedaya upaya buat yg tbaek. Kite mgki xtaw ape mslh rumah tgga dorang, tapi ape yg penting, usaha utk kembali bsama adlh lbh baek drpd mintak utk dilepaskan.

deqla manjew berkata...

isteri nusyuz..huhh..dosa besar..
smg Allah bukakan pintu ati isterinya tuk kembali ke pangkal jln...turut bersimpati dgn naseb yg menimpa jimmy..

Liza @ Adzriel AB berkata...

dah lama kesian dgn diaorg ni. nampak mcm tak matang. ikut hati.. mentang2 anak org kaya so dia rasa anak yg bakal lahir tak akan susah. tapi dia tak tahu kasih sayang yg ikhlas bukan boleh dijual beli. tiada siapa yg perfect. asal tanggungjawab terlaksana itu sudah memadai kita menerima pasangan seadanya. besar sgt ke salah jimmy sampai susah nak maafkan. entahlah SK, agak emo sikit. tak larat tengok org yg manja terlebih ni.

maira berkata...

kesian Jimmy, sebagai isteri sepatutnya bersyukur sebab suami telah lemparkan semua ego demi menjaga sebuah masjid yang dibina...

kita doakan mudah mudahan diberikan kesudahan yang baik dalam rumahtangga mereka ye dik :)

Sekamar Rindu berkata...

kak..maira,

melihat rancangan melodi tv3 semalam..saya rasa sedih mendengar luahan hati jimmy..

moga kembali spt pasangan suami isteri yg lain..

Sekamar Rindu berkata...

Liza @ Adzriel AB,

wp kaya berjuta duit sekalipun, itu bukanlah tiket untuk melakukan derhaka terhadap suami..

Sekamar Rindu berkata...

deqla manjew,

betul tu ..sangat berdosa besar...

Sekamar Rindu berkata...

LittleGurl,

sangat besar dugaaannnya....

Liza @ Adzriel AB berkata...

sedih sebenarnya dgn kes ni. maunya jimmy yg jantan tu pun boleh nangis. SK pun selalu baca kes2 wanita teraniaya di blog saya. masih boleh nak ikut suami walaupun terang lagi nyata suaminya hampeh. ini 20 hari..bukan 20 tahun pun. org dengar pun geleng kepala.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy