Isnin, 4 April 2011

Tahniah..!! .Shaheizy Sam Bintang Paling Popular


GENTING HIGHLANDS: Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi. Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.

Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.
Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars, di sini bertemakan Moden & Klasik dengan disaksi lebih 5,000 penonton.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Sixth Sense
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana




12 ulasan:

aQimie Ceplos berkata...

hahaha.. macam mane la fasha boleh menang.. heh heh heh ^^.

dLa berkata...

yeahh suke2 ! :D

wida berkata...

tahniah shaheizy sam..
time umum bintang paling polular ni..dah tertido, huhu

maira berkata...

salam adik SR,

oklah dia menang kan.. akak pun suka tengok lakonan dia... watak serius mahupon komedi memang menjadi :)

nurkass berkata...

mmg layak dia digelar bintang popular sbb lakonannya mendapat tempat di di hati penonton..

CGG berkata...

WAA..
KAGUM..
HE'S TALENTED!

shaFazie berkata...

tahniah bt shaheizy sam..:0
agar lebh maju jaya dlm bidang ini:)
minat kt die:)

baincardin berkata...

Tahniah kpd pemenang!!!~

Johan ngan Usop wilchar lawak gile mlm tu! ^_^

leyzajamil berkata...

tq info details ni..
kalau terjumpa rakaman abpbh mlm tadi especially yang part da nak habis tu tlg bgtau sy ye. sy terlelap smlam..

░♥si lampu neon♥░ berkata...

kembang laa idung sam pas ni hahah

Ameh Wahab berkata...

kite suke le Shaheizy Sam....hehehe..lgpun name dia nk same dgn name hubby sy.. =)

thanx yer follow blog kite... =)

**::CIKNUURUL::** berkata...

tahniah pd abg Sam,.kih3,..dn pmnang lain,.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy