Khamis, 14 April 2011

Tips Mengoda Pasangan Yang Paling Best..( khas kepada yang dah kahwin saja..)..yang belum kahwin pun boleh baca..



Bila kita sudah lama bernikah susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru nikah. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama.

Kebanyakkan pasangan melayu yang telah melepasi tahap alam berumahtangga selama 10 tahun, mereka berasa malu2 untuk berkeadaan seperti dalam alam percintaan, sewaktu alam percintaan dia punya "caring..." perggghhhh... macam laila majnun.... selepas bernikah 10 tahun, kalau pasangannya jatuh tersadung batu... pasangannya pula yang kena maki hamun.

Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya...;

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stressnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya...

Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nayaaa... namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu mengembirakan hati anda.

3. Opsss..., maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, sentuh dan pegang tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘opssss.., maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh..., boleh cair jadinya.... lepas tu tak gheti2 lagi...

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit.. kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.

Teknik ini hanya yang ada skill mengendap/skodeng saja yang tahu... hahahaha....

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual. .

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah.
Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkanlah diri anda.. Tentu menarik.... Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya....

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear… opppssss..., terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun. Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

Terbeliak biji mata ada dua maksud. Pertama terbeliak melihatkan body pasangannya yang seksi dan mengancam. Yang keduanya terbeliak terperanjat melihatkan body pasangannya yang mengeleber atau boroi... lepas tu si dia bantai gelak guling2... hahahaha...

13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakitkan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya....

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi atau kena sergah... bergantung pada mood pasangan anda.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah.., mesranya pasangan tu... Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu- tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Selamat mencuba.


sumber : Tuan Isa

66 ulasan:

angkasa berkata...

tak kahwin lg ni..xpa kot nak komen nohhh..utk pgetahuan :)

cik chinta berkata...

salam,ehh..sr tetibe wat post ni nape ek?

Ayie berkata...

walaupun saya tak kawin lagi, tapi saya tetap drop komen.. tape kan..?? hahaha

ini aku berkata...

MENARIK -MENARIK ;-)

chinta... berkata...

wah info yang berguna ni SR...xhanks

dyea irdina berkata...

yg semua dlm list tu sy mampu buat cuma bab kenyit mata je tak boley buat..sbb mmg sy tak leh mengenyit dari dulu sampai sekarang..hahahha

Zaza berkata...

aik3! huhuhuhu....nak la nikah...nti tak jd lagi :'(

Ad Rifza berkata...

Kalo mandi tak tutup pintu tu bahayalaa..anak bangun tido masuk panggil papa or mama wat pe tuu?hehe

halila Ibrahim berkata...

hehe..

Cikgu Den berkata...

best baca. rasa nak baca banyak kali. hehe. bagus tips nie.

hayatunfadzila berkata...

hehehe

Zaiya berkata...

Terbaekkk~~~

Anitafasha berkata...

Tersenyum sorang2 bila baca tips ni. Hikhik

azwa amani berkata...

bace entry ni rasa tak sabar nak kawin...huhuhuhuhu

myzatulmarghliyana berkata...

rase nak gelak malu2 kucin je bace post kmu kali nih. hu3 =D

**::CIKNUURUL::** berkata...

salam,.-))

lain mcm je en3 ckgu kali ni,.hiks,..sy plak yg malu2,.hahaa,..oppss,blom kawen,no komen!,.hehe,.

Ila berkata...

hehehe...malulah...

si para para berkata...

bila baca ni rasa teringin nak kawin cepat cepat.hehe


maaf tuan rumah lama tak datang sini..
harap tak kecik ati
:)

Fikri Rais berkata...

mandi skali pn bleh.. tlg2 scrub belakang ke.. InsyaAllah lagi mesra.

putryteya berkata...

hahha. mcm geli pom ade..
xpe laa... bce jew.. ahahha

Amirrah Zawani berkata...

boleh lah dipraktikkan bila dah kawen nanti.. yg no 12 tu, baca pun dah gelak guling2.. hahaha :)

lady dayana. berkata...

nyahhahha..belum kawen lagi. alahaiii malu nya bila baca. kikiki :P

lady dayana. berkata...

nyahhahha..belum kawen lagi. alahaiii malu nya bila baca. kikiki :P

Shikin Sayang berkata...

Kongsi n3 yek....memang boleh tambah kasih sayang ni...

Romantik lagu ni..kalau hadiah kat pasangan mesti cairnye..heheheh

Fizalinolie berkata...

Assalamualaikum SR. Thanks yer kerana sudi singgah di blog saya. Pasal entri ni sangatlah menarik sebagai ingatan buat yang dah berkahwin. Seronok andai dipraktikkan. Heeee.

ikatankasihku berkata...

dah tak romantika de amor........

Aziela berkata...

Semua dah buat...hehehhehehe. Paling dicemburui oleh kawan2 kerana sering suapkan suami makan. Everytime makan memang saya suap dia. Kadang2 anak pun nak bersuap...kenala tunggu giliran...

~nadyahoney~ berkata...

blog anda direview..klu free, singgah la yer..:-)
http://nadyahoneylist.blogspot.com/

kyra_G berkata...

wahhh ilmu nie u bg kyra y xberkawin ag..thankss hehe

salam perknalan yer=)

mommyosh berkata...

HEHE tersenyum plak bace entry ni..neway good info..leh try kot hahhaha

E K A berkata...

salam nak minta izin cedok entry ni boley tak

nurkass berkata...

salam..
erkk..kena ikut ek tips nih..hehe..
takpe la..save dulu..leh tunjuk kat bakal suami..adehhh..

ceq'bell berkata...

terbaek la SR!

Erikafaraisya Danica Keiichi berkata...

sy lom kawen lg...tapi ini tips yg berguna utk masa depan...hehehehe

Sekamar Rindu berkata...

Erikafaraisya Danica Keiichi,

tips yg sangat berguna kan...tak pe wp lum kawin..baca je dulu..:)

Sekamar Rindu berkata...

ceq'bell,

terima kasih..sekadar mahu berkongsi saja..

Sekamar Rindu berkata...

nurkass,

hehhe..save jgn tak save..:)))

Sekamar Rindu berkata...

mommyosh,

tersenyum...:)) tqq..

Sekamar Rindu berkata...

kyra_G,

nanti bila kwin boleh diamalkan...pasti rumahtangga akan jadi rukun damai..

Sekamar Rindu berkata...

~nadyahoney~,

terima kasih...terharu...

Sekamar Rindu berkata...

Aziela,'

hahahaa..biar aaa dia org cemburu..:)))

Sekamar Rindu berkata...

ikatankasihku,


janganlah kata tak romantis...romantis laaa.:)

Sekamar Rindu berkata...

Fizalinolie berkata..

sama2 puan..saya selalu singgah...saya pun sama..tq pada puan yg selalu singgah dan komen setiap entri saya.

.

Sekamar Rindu berkata...

Shikin Sayang,'

boleh..diizinkan...:))

Sekamar Rindu berkata...

lady dayana,

janganlah malu..hehehe

Sekamar Rindu berkata...

Amirrah Zawani,

yg no 12 tu jgn diamalkan selalu..
nanti dikatakan buang tabiat lak..hahaha

Sekamar Rindu berkata...

putryteya,

geli napenyaaaa..haha

Sekamar Rindu berkata...

Fikri Rais,

ya..mandi sekali pun boleh...apa salahnya....

hahaha...

Sekamar Rindu berkata...

si para para,

sr pun...hahahaa

Sekamar Rindu berkata...

Ila,

janganlah malu....entri yg biasa2 je tu.,.

Sekamar Rindu berkata...

CIKNUURUL,


lain mcm apa nya cik nurul..? biasa2 jer laaa..

lom kwin pun..jgnlah malu2..biasa2 je.entri ni..

Sekamar Rindu berkata...

myzatulmarghliyana,

malu2 kucing la pulak..

Sekamar Rindu berkata...

azwa amani,

saya pun tak sabar..nak kwin juga..

:)))

Sekamar Rindu berkata...

Anitafasha,

saya pun sama...:))

Sekamar Rindu berkata...

Zaiya,

terbaik..dari ladang..

Sekamar Rindu berkata...

hayatunfadzila,

hahah..gelak nape.?

Sekamar Rindu berkata...

Cikgu Den,

silakan..bacalah banyak kali pun...tak pe..:)

Sekamar Rindu berkata...

Ad Rifza,

hhaha..bahaya tu.....kena jaga2 nanti anak sedar...dan nampak kang..

Sekamar Rindu berkata...

Zaza,

hahaha..nikah la cepat...

Sekamar Rindu berkata...

dyea irdina,

yang kenyit mata tu susah ek..

hhaha..cuba la watt

Sekamar Rindu berkata...

chinta,

terima kasih...

Sekamar Rindu berkata...

ini aku,

terima kasih..

Sekamar Rindu berkata...

Ayie,

terima kasih..

Sekamar Rindu berkata...

cik chinta,

saja nak berkongsi info..:)

Sekamar Rindu berkata...

angkasa,

tak kwin pun leh komen sini...
:)

Sekamar Rindu berkata...

terima kasih atas komen2 sahabat2 di dalam entri ni..

semua komen sangat saya hargai...

tq

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy