Ahad, 10 April 2011

Wanita mengaku gugurkan bayi 7 kali dalam masa 4 tahun


IPOH: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007.

Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.

“Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini.


“Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.

“Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali ‘cuci’. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.

“Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim,” katanya.

Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.

“Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya ‘lekat’ mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.

“Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.

“Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.

“Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram,” katanya.




sumber: harian metro

57 ulasan:

Miss Ran berkata...

masyaallah...

tak serik lagi tu..

tak skit ke

sAsyA berkata...

Astagfirullah..

semoga dy ifsaf & x ulangi kesilapan..

halila Ibrahim berkata...

eiii.. no komen la.. tak takut dosa ka..sy yg kawin 10 tahun pun baru 3 kali bersalin..

nida husna berkata...

aduiiii,, boleh pulak sanggup tahan sakit semata2 nak buat dosa

cik chinta berkata...

salam, dua2 pon dah x reti nk pkir logik..susah nk cakap camni

mountdweller berkata...

Ini jenis beruratkan dawai berhatikan batu!

mountdweller berkata...

Ini jenis beruratkan dawai berhatikan batu!

Cikgu Den berkata...

apa nak jadi nie. terlalu lemah dengan godaan nafsu.

Alahai Pondan

Puteri Bt Ahmad berkata...

huhu :(

Dekcik berkata...

ya allah ape nak jdi ngn dunia sekrg nie..nauzubilah..cite nie kne bg satu pengajaran..

iwan de la roc berkata...

ermmm... dunia akhir zaman

harap2 wanita tu insaf

dLa berkata...

dkt ipoh? ish3. da 7 kali? sian baby2 yg x berslh tu

cacing berkata...

moga wanita ini dapat sinar keimanan suatu hari nanti. Ya Allah kau lindungi dan kau turunkanlah hidayah kepada wanita ini dan juga kepada kami semua...

**::CIKNUURUL::** berkata...

salam,ckgu,.=)

ya Allah,smpai cmtu skali,.punyer la hebat penangan cinta seorg lelaki bg insn yg lemah mcm die,.bg sy,xperlu la nk mnagih ncta dn tlg kuatkn dri jgn mdh prcya pd lelaki,.bg org mcm die la,.hurrmm,.kesian sbnrnye.

hanim azhari berkata...

apelah specialnye lelaki tu smpi pompuan tu sggp gugurkan ank yg xberdosa..haishh macam2 je la yg terjadi zmn sekarang ni huhu

ohh ayu! berkata...

org yang xboleh pregnant sampai berabes duit berubat nak anak.. ni boleh pregnant, gugur2kan pulak.. dah sedar tu dose and risiko, tapi buat jgk... haiah.. =.="

eyna azmi berkata...

masyaallah .... semoga perempuan tu cepat sedar apa yang dah dia buat

eyna azmi berkata...

masyaallah .... semoga perempuan tu cepat sedar apa yang dah dia buat

ibuintan berkata...

nauzubillah... bila nafsu menguasai hati, iman tolak ke tepi... itulah jadinya

belogkiter berkata...

mintak mintak dijauhkan lah

Hasfiyah Assan berkata...

Assalamualaikum..trima ksih sbb follow blog has..
anyway,i love your entry..
memberi kesedaran pada diri has...

hayatunfadzila berkata...

org yang susah nk dapat bb sampai berabes duit berubat nak anak.. tp pompuan ni senang pregnant, senang2 nk gugur2kan.. semoga pompuan tu sedar diri n kembali kepangkal jalan.

deqla manjew berkata...

nih la namanye manusia B***H!
da byk kali kene tipu pun still pecaye..
sng2 jew dye gugurkan anak..
da mcm permainan bg dye..
owg yg nk sgt ank x dpt ank..
dye yg sng2 bole dpt ank, sng2 jgk la men buang jew..
1 ari nnti kalo da x bole ank lg camne?
smpai 7 kali gugur mmg risiko!
hope dye bnr2 insaf ngan perbuatannya..

Liza @ Adzriel AB berkata...

seronok sekarang, esok lusa kalau tak kena tangkap pun dosa ini akan memakan hati dan perasaannya bila tua nanti. malah boleh memakan diri sendiri. jiwanya akan menangis tanpa henti bila keinsafan itu datang.

Liza @ Adzriel AB berkata...

curi link entri ni tau.

maira berkata...

bila manusia bertuhankan nafsu... macam nie lah jadinya.... semoga balqis insaf & kembali ke pangkal jalan, amin

Fizalinolie berkata...

Ya Allah! dasyat yer. Hurmmm, beginilah manusia yang lemah dgn godaan nafsu. Huh! Nauzubillah.

Schubert Serenade berkata...

common issue....abortion n baby dumping semua....mcm xde rse brsalah diorg ni...satu word je nk describe org mcm ni "bodoh!"

fyna berkata...

masyaAllah....

Sekamar Rindu berkata...

fyna,

ternyata perempuan tu menjadi mangsa nafsu serakak lelaki tu..

malang betul..

Sekamar Rindu berkata...

Schubert Serenade,

konon2 nya mahu buktikan cinta..

akhirnya perempuan ini ditinggalkan..

baru padan muka...

Sekamar Rindu berkata...

Fizalinolie,

betul tu....inilah..penangan nafsu serakah..malang betul..

Sekamar Rindu berkata...

maira,

wp perempuan ini tahu dia diperlatkan..berkali2 gugur kandungan..tapi masih lakukan lagi hal yg sama..

malang sungguh..

Sekamar Rindu berkata...

Liza @ Adzriel AB,

kak..ambillah..:)

Sekamar Rindu berkata...

Liza @ Adzriel AB,

lelaki hanya mahu meratah tubuh dia saja...tak pikir ke? bodoh betul..

Sekamar Rindu berkata...

puan deqla manjew,

memamng betul tu puan..entahlah..susan nak kata..
bila nasfu bermaharaja lela..

Sekamar Rindu berkata...

hayatunfadzila,

senang2 je gugurkan..berapa kali dia bunuh anak dia...

Sekamar Rindu berkata...

Hasfiyah Assan,

terima kasih..singgah komen..

Sekamar Rindu berkata...

belogkiter,

sama2 lah berdoa..

Sekamar Rindu berkata...

eyna azmi,

cepat sedar dan bertaubat sebelum terlambat..

Sekamar Rindu berkata...

ohh ayu,

tu la tu...memang tak patut..

Sekamar Rindu berkata...

hanim azhari,

yg tu tak tahu laa nim..

issh..yg pasti ppuan ni memang bodoh dan kejam..

Sekamar Rindu berkata...

::CIKNUURUL,

akibat hawa nafsu yg menggila.

Sekamar Rindu berkata...

cacing,

harap2 mcm tu..ppun tu moga diberi hidyah drp Allah..

Sekamar Rindu berkata...

dLa,

sangat malang.....geram pun ada.membaca kisah ini

Sekamar Rindu berkata...

iwan de la roc,

dunia akhir zaman yg penuh dengan maksiat..

Sekamar Rindu berkata...

Dekcik,

moga menjadi pengajaran..

Sekamar Rindu berkata...

Puteri Bt Ahmad,

terima kasih..singgah komen..

Sekamar Rindu berkata...

Cikgu Den,

betul...tu cikgu.

Sekamar Rindu berkata...

mountdweller,

betul tu..:)

Sekamar Rindu berkata...

cik chinta,

itulah..bila nafsu menguasai diri..buta segalanya..

Sekamar Rindu berkata...

halila Ibrahim,

jenis tak takut dosa la mcm ni..

Sekamar Rindu berkata...

sAsyA,

itulah..moga diberi hidayah..

Sekamar Rindu berkata...

Miss Ran,

takkan serik..selagi nafsu kuasai diri..

Sekamar Rindu berkata...

terima kasih atas komen2 sahabat2 di entri ni...

saya sekali lagi ucap terima kasih.!

ZieSalikan berkata...

budak tue x berdosa tapi menjadi mangsa org yang berdosa......

Sekamar Rindu berkata...

ZieSalikan,

bayi memang tak berdosa..yg berdosa dan penuh noda yg melakukan perkara yg terkutuk itu..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy