Ahad, 8 Mei 2011

Al-Quran, kain ela tidak hangus dalam kebakaran yang meragut nyawa seorang ibu demi selamatkan 3 orang anaknya

RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam.


KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.

Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.

"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.

Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.

Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.



p/s:....ibu sanggup berkorban nyawa demi anak....


35 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

sedey..ajaib betoi kuasa Allah nih...

irene_shane berkata...

hello..

accept this award for you..

http://arinejovynell.blogspot.com/2011/05/yeahhh.html

Eyrique Ettiqazz. berkata...

rasanya mati rentung adalah husnul khatimah..kalau x silap la sbb pernah terbaca..

miss frog berkata...

kuasa tuhan yg esa..allahuakbar..

Sekamar Rindu berkata...

CintaZulaikha,

memang sedih...:)

Sekamar Rindu berkata...

irene_shane,,

tq singgah komen sini...

Sekamar Rindu berkata...

Eyrique Ettiqazz.,

yaa....moga roh arwah dicucuri rahmat, amin

Sekamar Rindu berkata...

miss frog,


kita hambanya perlu redha...

ice-y berkata...

cinta Ibu dan cinta Allah mengatasi segalanya. Moga rohnya ditempatkan dengan orang yang beriman. Amin.

belogkiter berkata...

Insaf bila baca entri ni

dayang berkata...

subhanallah..kekuasaan Allah s.w.t..lagipun kain tu tak sempat nak dijahit. mungkin sudah niat ibunya utk memakai namun tak kesampaian...

cik sakdi berkata...

ibu sanggup berkorban. tu la kuasa Allah.kain n al quran x hangus n x terbakar pon.

Azree berkata...

Baru baca dah menyayat hati..

Berat lagi kita yang membaca

Berat lagi mereka yang memikul nya

PadaNya kita berharap mereka dipermudahkan dalam meneruskan kehidupan seterusnya..

Semua terjadi menunjukkan betapa Allah swt itu wujud bagi yang semakin alpa denganNya

Tuju untuk diri ini..

nohoho =) berkata...

sedih betul cerita ni....mak die selamat kan anak2 tapi mak yang terkorban....

G3-lina berkata...

kuasa Allah~

ahmad berkata...

kuasa Allah SWT buat pengajaran pada yang masih hidup kt dunia ni...

hani@debumelukut berkata...

Kehilangan ibu di waktu org lain menyambut hari ibu..Semoga mereka tabah..

Intan A. Shah berkata...

subhanallah...

kuasa Tuhan :)

halila Ibrahim berkata...

sedih la ... tapi dah takdirkan..

NurWaney berkata...

suhanallah..... kuasa Allah amat besar kan... buktinya ada dimana2...
kesian kat ank2 yg ditiggalkan.. :(

Siti Aniza berkata...

sedihnya..... kuasa Allah

Faaein Talip Roy berkata...

sedih... semoga rohnya dicucuri rahmat...

Citarasa Rinduan berkata...

sangat menyedihkan..
inilah pengorbanan ibu..
semoga roh beliau disisi orang2 yang beriman./amin

Zurae berkata...

memang 1 kisah yang menyayat hati...
kesian anaknya yang masih kecil...

**::CIKNUURUL::** berkata...

siannye diorg,..isk,isk,isk,.

shuhadada berkata...

demi anak anak sanggup korban nyawa :(

dLa berkata...

pergorbanan terbsar sorg ibu

chinta... berkata...

sedihnya...kuasa Tuhan mengatasi segalanya...

ikatankasihku berkata...

Hanya ALLAH yg Maha Mengehtahui segala2nya..
Sebagai umat, redha dgn ketentuanNYA, harus tabah & cekal dlm menghadapi pelbagai ujian

lemongrassbeam berkata...

Subhanallah.
Ibu selalu bkorban utk anak²nya.
Tp pengorbanan anak utk si ibu kita susa nak nampak.

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

subhanallah...

shahjiehan berkata...

hebatnya kasih ibu

lady dayana. berkata...

Allahuakbar ! semua tu kuasa tuhan. hmm memang sedih baca cerita ni. ibu sanggup berkorban utk kita. jangan lah sia2 kan ibu kita.

maira berkata...

subhanallah..

KuNanGKuNanG berkata...

terharu dngn citer ni, menitis air mata, ibu sanggup bergadai nyawa demi anak2..alfatihah untuk arwah.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy