Selasa, 21 Jun 2011

30 Tahun Berkahwin Tetapi Belum Pernah Lihat Wajah Isteri



VIVAnews - Pernikahan itu terjalin selama tiga dekad. Anehnya, sang suami sama sekali belum pernah melihat wajah isterinya. Hanya mata yang boleh dipandang selama hidup bersama.

Sepanjang hidupnya, sang istri selalu mengenakan burka, busana tertutup bagi wanita muslim yang hanya memperlihatkan area mata. Bahkan, tidur pun mengenakan busana itu.

Selama 30 tahun menjalani pernikahan tanpa melihat wajah isteri ternyata tak mengubur rasa penasaran sang suami. Diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap cadar di wajah isterinya yang tengah lelap tertidur.

Hanya, jawaban atas rasa penasarannya itu harus dibayar ‘mahal’ dengan tuntutan cerai sang isteri, pada 2008 lalu. Sang isteri yang sudah berusia 50-an tahun merasa dikhianati. Dia nekad meminta perceraian, meski suami sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tak mengulangi perbuatannya.

“Setelah sekian tahun, dia (suami) cuba melanggar komitmen, ini sudah kesalahan besar,” kata sang isteri kepada akhbar setempat, Al-Riyadh, seperti dikutip dari laman Daily Mail.

Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di sejumlah kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.

Itu pun bukan satu-satunya kes. Seorang lelaki bernama Ali al-Qahtani juga menerima ancaman cerai ketika cuba membuka penutup muka isterinya setelah 10 tahun pernikahan. Beruntung dia dimaafkan setelah berjanji tak akan mengulangi perbuatannya.

Sementara Hassan Al-Atibi mengancam akan menikah lagi jika isterinya tak bersedia membuka penutup muka. Bukannya terancam, sang isteri malah mencarikan wanita yang tak menganut tradisi itu untuk dijadikan isteri kedua. Merelakan suaminya poligami agaknya lebih baik daripada menunjukkan wajahnya ke suami.

Om Rabea al-Gahdaray, 70, salah satu wanita yang menjalani tradisi ini mengatakan bahawa suami tidak boleh melanggar komitmen yang telah disepakati sebelum pernikahan. Suami tak boleh mengubah tradisi yang telah terbangun sejak zamansebelum mereka lahir lagi.

Ketika ditanya bagaimana boleh memiliki anak tanpa mengizinkan suami melihat wajah dan tubuhnya, al-Gahdaray menjawab, “Pernikahan itu tentang cinta, bukan wajah.”




17 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

tak sepatutnya berlaku krg dlm islam tiada istilah aurat antara suami dan isteri

Ibnu isa berkata...

wahhh menarik.. ini bukan ajaran islam kan.. just tradisi mereka.. nice story.. http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/06/haiwan-manusia-apa-salah-haiwan-ini.html

Atika Aula berkata...

hmmm...macam2 ye. pelik betul, len manusia len ragamnya. kdg2 ada adat yang sampai menyalahi fitrah pun ada.

Syazwani Amira berkata...

hurmm pelik2 je dorunk ni..
x spatutnye bt camni sbb suami berhak tgk wajah isteri..

Kak Aya berkata...

wah hingga 30 tahun suami dia menahan diri untuk melihat wajah sang isteri...memang dasat tahap kesabaran suami dia.

EYQASARA berkata...

eh mcm ni pun ade eah...

eintan nurfuzie berkata...

alahai...cmne 2 ...nk tgk muka pun x bagi

Kunang-Kunang berkata...

Melebihkan adat dari syariat agama.

wida berkata...

kesian jugak..tp dah adat & perjanjian tu mcm tu, kena ikut.
mcm2 kan

Axie04 berkata...

alamak
berpegang teguh kepada tradisi neh

CintaZulaikha berkata...

aduh macam2 plak rasanya...humm

akmall berkata...

payah macam ni....

Fikri Rais berkata...

huhuhu... pelik2 dorang ni..orang skrang kl kawin nk tgk abis..ni muka pn xleh..haihss...

Gadis Kecil berkata...

bagus pulak suami dia kan. Even dah sah di sisi agama tapi masih bole bertahan selama 30 thn.

kalo la jejaka-jejaka skrg ni bole bertahan mcm ni sblm kawin. mesti semua wanita akn rase secure. hihi

belogkiter berkata...

pelik betul...

Adzriel @ Liza AB berkata...

tradisi ntah apa2 lah depa ni

**::CIKNUURUL::** berkata...

uniknyeee,..menarik topik ni,..die sgt patuh pd trdsi die,.waaa,kagum,.hehe,.kalau kite la cmni,xsmpat nk fkr jd cmne,.mmg x berlaku la,.hehe,.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy