Ahad, 5 Jun 2011

Bayi maut tersedak susu soya

ZULAZMI memangku mayat anaknya keluar dari bilik mayat di PPUM, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu soya pada saluran pernafasan ketika berada di rumah pengasuhnya di Kerinchi di sini kelmarin.

Rania Batrisya Zulazmi disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan hospital berkenaan, kematian Rania adalah disebabkan oleh saluran pernafasannya tersekat dengan susu tersebut.

Rania dibawa ke PPUM oleh pengasuhnya, seorang wanita berusia 60 tahun kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin selepas mendapati bayi itu berada dalam keadaan lemah dengan tangan dan kakinya sejuk.

Bayi malang itu bagaimanapun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian.

Difahamkan, anak tunggal kepada pasangan Radiana Rais, 37, dan Zulazmi Jamaludin, 41, itu diberi sejenis susu soya tetapi makanan itu tersekat pada saluran pernafasannya disyaki semasa bayi itu tidur.

Nenek mangsa, Ramlah Baba, 63, ketika ditemui di rumah mayat PPUM memberitahu, dia terkejut dengan kejadian menimpa cucunya yang sebelum ini disifatkan sebagai penyeri keluarga.

“Walaupun Rania (Batrisya) baru berusia enam bulan, dia nampak pintar dan pandai mengambil hati.



7 ulasan:

rNesZaiNe berkata...

Al-Fatihah ~
Sudah pasti menunggu ibubapanya di syurga :)

Green Apple berkata...

AlFatihah....
tp... kerap sangat dengar kejadian cengini...

Wanita Mutalib berkata...

Al-Fatihah.
sebaya bayi saya.. :(

Bonda ArissaHana berkata...

simpati dengan family adik Rania..Al-Fatihah..

Putri Malu @ ima salsuzaima berkata...

Al-Fatihah.
berhati-hati lah ya..
Kejadian ni menyedarkan saya sendiri agar berhati-hati menyusukan atau memberi air kepada bayi.

FaTinFiRDaUs berkata...

Al-Fatihah..
takziah kepada keluarga bayi tersebut.. :(

**::CIKNUURUL::** berkata...

sgt sedih bile jd cmni,..takziah buat keluarga Zulazmi dn isteri.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy