Ahad, 5 Jun 2011

Cinta adalah lautan tak bertepi


1

kecup di kening
di subuh bening
bagai setitis embun jatuh
di hujung kelopak, jiwa tersentuh


2

menghijau padang, lapang
ada bunga, mengintai malu di celah sepi


3

apa erti segenggam bintang-bintang?
bertaburan di telapak tangan
malam menjadi kelam

4

ranting hati, patah di hujun dahan
pepucuk cinta, layu tiada disiraman


5
sekuntum puisi
bait-bait menari
melirik ilham
hati jadi resah


6

kata orang.:

"Cinta adalah lautan tak bertepi
tiada paksi
setitis darinya adalah harapan
selebihnya adalah kecemasan"
begitukah ?




4 ulasan:

Eyrique Ettiqazz berkata...

aaaaaaaaaaaa best la,sipi2 mcm gaya penulisan fida aishah.

sugar2 kapas strawberry berkata...

:)

Penyair SenjA berkata...

cinta
YA cinta
selalu mempunyai cara membuat kita menangis...ketawa...cemburu...rindu
tapi selalu juga mengirim kekuatan dalam kebahagiaan yang boleh membuat insan seperti kita dapat melupakan segala duka yang ada
ya
begitulah

**::CIKNUURUL::** berkata...

tapi cinta kadang datang dengan kejutan,.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy