Ahad, 19 Jun 2011

Yusry Sah Bercinta dengan Lisa Surihani






KOTA BHARU: “Saya doakan (Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani bertemu jodoh). Jika mereka ada jodoh, Alhamdulillah,” kata penyanyi dan pelakon, Erra Fazira.

Erra berkata demikian sebagai mengulas pengakuan Yusry yang dilamun cinta dengan Lisa.


Baru-baru ini akhbar melaporkan, selepas berteka-teki dan sering memberi jawapan selamat hubungan mereka, akhirnya Yusry membuka mulut menyatakan hubungan mereka adalah ‘satu hubungan matang kerana ia lebih daripada seorang kawan’.

Malah, kedua-duanya mengaku kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan dalam bahasa mudah, mereka dilamun cinta.


Menurutnya, bukan haknya untuk mengulas hubungan bekas suaminya dengan Lisa, tetapi sebagai individu yang pernah rapat dengan Yusry dan Lisa, dia mendoakan yang terbaik untuk mereka.


“Semestinya bukan hak saya untuk mengulas hubungan mereka, tetapi sebagai individu yang pernah rapat, mengapa tidak jika mereka ada jodoh. Saya juga pernah bekerjasama dengan Lisa dan dia menarik dan baik.

“Saya kini bahagia dengan kehidupan saya dan diharapkan mereka juga sama,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan galeri tudung dan batik Desa Murni Batik Sdn Bhd (Desa Murni Batik) cawangan Kota Bharu, di sini, semalam.


Erra adalah duta Desa Murni Batik. Turut hadir, Pengarah Urusan Desa Murni Batik, Suhaimi Embong dan pemilik galeri tudung dan batik Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu, Bibi Ramjani Illias Khan.

Sementara itu, Erra yang kelihatan manis bertudung mengakui mengimpikan untuk bertudung satu hari nanti.


“Mungkin ini latihan untuk saya (memakai tudung sebagai duta Desa Murni Batik). Insya-Allah, itu impian saya (memakai tudung),” katanya.




p/s:..sr mendoakan agar mereka ini bahagia.....amin..!


12 ulasan:

**::CIKNUURUL::** berkata...

sweet je lisa tp lg sweet kalo brlitup,.eh!hehe,.smoga mereka dipnjgkn jodoh,amin,.

sakinah_tarmizi berkata...

sweet j dorg

omar_faruqi berkata...

amin~

cik arija berkata...

aa...sweet je lisa tuh
moga2 berkekalan la jodoh mereka berdua ye

ladyzamea berkata...

emmmm...

ada jodoh tak kemana..
doakan terbaik untuk mereka..

Raden berkata...

untongla dpt abam kayeeeee

Fikri Rais berkata...

semoga jodoh berkekalan. ramai la lelaki yg frust pasni.. huhu

Hanna

bersama kak Es berkata...

dah tak larat nak baca kisah cinta artis ni..tp kdg kesian ka diorg takde privacy...semua orag tahu huhu

EZAN IDMA berkata...

sah bercinta ek. terleps i ;P hehe

CintaZulaikha berkata...

biarlah depa bercinta...smoga berkekalan..

♥ p a A n i ♥ berkata...

suke suke suke :)

Fafa berkata...

sweet! <3

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy