Isnin, 25 Julai 2011

Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Singapura 28hb Julai ini: : Masih adakah harapan?







Masih berkisar tentang kekalahan Bola Sepak 3-5 dengan Sigapura, Peluang Malaysia masih ada sebenarnya dalam Kelayakan Bola Sepak Piala Dunia 2014, Zon Asia seandainya Malaysia sekurang-kurangnya menang 2-0 ke atas Singapura pada 28hb Julai ini.

Jurulatih negara, Datuk K.Rajagobal perlulah membuat beberapa perubahan drastik bagi menjayakan hasrat Malaysia untuk menempah ke pusingan yang berikutnya:

antaranya:

  • Datuk K.Rajagobal perlu memantapkan lagi barisan pertahanan, barisan pertahanan kita terlalu banyak memberi ruang terlalu banyak kepada barisan penyerang Singapura, terutamanya penyerang berbisa Singapura, Aleksandar Duric dan Qiu Li
  • Kelonggaran pertahanan negara yang diketuai oleh Muslim Ahamd, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Asaruddin Putera Omar, perlu dimantapkan lagi. Dalam perlawanan pertama baru-baru ini ternampak jelas betapa hilang fokus dan "kegagalan komunikasi" antara barisan pertahanan sehingga mudah "di ayam" kan oleh Aleksandar Duric. Gol yang ke 5 tersebut merupakan kegagalan Muslim Ahmad membaca gerak badan penyerang Singapura.
  • Menurunkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. Gol-gol mudah yang dilepaskan oleh Sharbiniee sungguh mengecewakan peminat-peminat bola sepak tanah air.
  • Ketiadaan Shafiq Rahim ( ketua pasukan yang dikenakan kad merah kerana melakukan terjahan keras terhadap pemain Singapura, Harris Harun) perlu difikirkan pemain yang sesuai bagi mengemudi bahagian tengah, jurulatih boleh meletakkan Ismail Faruqi sebagai penyerang ke dua di belakang Safee Sali yang akan mengisi tempat Safiq Rahim untuk bergandingan dengan Amar Rohidan di bahagian tengah.
  • Perlawanan 28hb Julai ini sangat penting, mental pemain perlu kuat menyerap tekanan Singapura. Berkemungkinan besar Singapura akan bermain secara bertahan untuk menafikan Malaysia mendapatkan gol. ( kelebihan 2 gol yang diperolehi pada pusingan pertama.) Hanya mereka yang mampu mengekalkan tahap ketahanan mental yang tinggi mampu mengatasi setiap rintangan.





11 ulasan:

Sizzling Suzai berkata...

huhu..insyAllah..hopefully we still hv d chance to move on to d next level..amin... >< go msia go! =)

Yana Farinha berkata...

hye. done folo ur blog. jom singgah blog sy..=)

yanyan berkata...

harap sangat team Malaysia boleh menang nanti. :)

echa takashimaya berkata...

semoga malaysia berjaya...aminnn =)

si para para berkata...

peluang tetap ada..
masih lagi berfikiran positif..
semoga pasukan kita mampu menebus kekalahan di tempat lawan..

miss fatihah berkata...

insyaallah boleh :)

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock berkata...

harapan sentiasa akan ada selagi x berhenti mencuba :)_

go rimau !


excellence .

ziraziz berkata...

MALAYSIA Boleh!!!!

hairul nabahah berkata...

insyaAllah..masih ade harapan

izah berkata...

Hope team kita leh score ler 28 nanti.. hari tu S'pura cuma bernasib baik jer, sbb team kita masih dalam keadaan letih baru 2 3 hari lawan Chelsekan...

Apapun jgn berpaling tadah dari menyokong team negara kita...

naim berkata...

SOKONG TETAP SOKONG!!

^^

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy