Rabu, 20 Julai 2011

Inilah Wajah Ibu yang cuba jual anaknya yang baru berusia 3 hari


VANCOUVER, Amerika Syarikat - Seorang wanita tidak berumah dituduh cuba menjual anak lelakinya yang berusia tiga hari di restoran Hazel Dell Taco Bell di sini pada harga di antara AS$500 (RM1,507) hingga AS$5,000 (RM15,074), lapor beberapa buah akhbar semalam.

Ibu itu, Heidi L. Knowles berumur 36 tahun bertindak menjual anaknya itu pada Khamis lalu.

Menurut dokumen mahkamah, seorang wanita menghubungi talian kecemasan 911 bagi membuat laporan bahawa Heidi membuat tawaran untuk menjual anaknya itu kepadanya.

Ibu itu kemudian ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah kelmarin.

Hakim mahkamah menetapkan wang ikat jamin sebanyak AS$50,000 (RM150,749) selepas mendapati dia mempunyai rekod jenayah termasuk keganasan rumah tangga dan dadah.

Ibu itu yang merupakan seorang janda dan kini ditahan di sebuah penjara akan dibicarakan pada 29 Julai depan.

Menurut dokumen mahkamah, Heidi yang menganggur memberitahu polis dia menginap di Motel Kay's di Vancouver, Washington dengan anaknya itu buat sementara waktu sehingga menemui tempat tinggal yang sesuai.

Dia menyara kehidupan dengan wang bantuan kebajikan sebanyak AS$540 (RM1,628) sebulan dan penerima program bantuan makanan kebajikan.

Ibu itu memberitahu polis, dia berpindah dari Florida ke Vancouver, Washington tiga bulan lalu.

Jika sabit kesalahan, dia akan dipenjarakan sehingga lima tahun. - Agensi




12 ulasan:

Aqila Safuan berkata...

menjual dgn membuang , mana lebih teruk ?
membuang saya rasa . atleast bila dia jual, dia dapat pastikan anak sia berada di pihak yg selamat . entahla

Ila berkata...

zaman skrg ni,mcm 2 kan...huhuhu

nazirafarahinomar berkata...

apalah nak jual anak. duit yang ada kebajikan yang ada beli dadah ke? Haih, manusia akhir zaman. Nauzubillah.

Mizfantagiro berkata...

sib baik dia jual..kalau buang..lagi keji..

cik pha berkata...

pelikk.masih ade seorng ibu y sggup menjual anaknya hmm

chinta... berkata...

senang2 je dia nak jual kan....

yanie anuar berkata...

ziarah n follow..salam perkenalan

salwaismail berkata...

mujur jauh. dapat dekat aku, aku sembelih je mak dia tu. haha :D
http://salwaismail.blogspot.com

CintaZulaikha berkata...

dr dok jual, baik bagi saya ja~~

umUMRA berkata...

org mcm ni lbh baik tembak ngan senapang gajah...huhu

storyfromme berkata...

duit hasil jual anak 2 takkan buat die hidup senang pon.lagi merana ada la.

**::CIKNUURUL::** berkata...

org xde ank,nak anak,.ape la die ni,.senget!!

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy