Khamis, 28 Julai 2011

Jom LIhat Kepala Remaja Tersusuk Pedang [ ngeri ]



Menakutkan . Sinar X menunjukkan bilah pedang yang menembusi dahi remaja


Remaja ini pastinya mengalami sakit kepala yang paling teruk — selepas tengkoraknya telah dicucuk dengan sebilah pedang.

Senjata ini tertusuk sedalam 5cm pada dahi Zhang Bin ketika dia bersama dengan rakan-rakannya di rumah.

Ramaja 15 tahun ini telah dikejarkan ke sebuah hospital tempatan, tetapi pasukan perubatan tidak mampu merawatnya.

Dia kemudiannya terpaksa bertahan menempuhi perjalanan selama empat jam ke sebuah lagi hospital sejauh 250 batu di Changsha, Hunan, China.

Zhang berkata: "Tiga rakan sekelas datang melawat saya di rumah dan seorang daripada mereka membawa sebilah pedang.

"Dia berdiri 3-4 m jauh daripada saya. Saya tidak tahu bagaimana pedang itu terbang ke arah saya dan menikam ke dalam kepala saya.

"Saya merasakan sakit dan banyak darah yang mengalir keluar."

Doktor mengejarkan Zhang untuk pembedahan dan pedang telah dikeluarkan dalam pembedahan selama empat jam.

Ketua pakar bedah berkata: "Mujurlah pisau tidak menyentuh arteri di dalam tengkorak dan saraf-saraf utama, jika tidak ia mungkin menjadi satu cerita lain."

Zhang dijangka akan pulihan sepenuhnya.


sumber: Klik sini




1 ulasan:

Etong berkata...

menakutkan :(

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy