Isnin, 25 Julai 2011

Penduduk bantah cadangan jadikan Pulau Coney pantai bogel

Pulau Coney





NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk bandar ini menolak cadangan untuk menjadikan sebahagian pantai Pulau Coney di sini sebagai pantai bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Persatuan Rekreasi Bogel Amerika (AANR) sebelum ini mencadangkan supaya satu kawasan di pantai itu dijadikan tempat untuk para pengunjungnya berjemur sambil berbogel.

Menurut AANR, usul tersebut dikemukakan selepas satu kaji selidik mendapati majoriti pengunjung di kawasan pantai berkenaan, bersebelahan Brooklyn, mahu berbogel.

Namun, cadangan berkenaan ditolak oleh pihak berkuasa tempatan.

"Pernahkah anda melihat orang ramai bersiar-siar di pantai ini (Pulau Coney). Saya tidak fikir mereka akan nampak cantik jika berbogel. Tubuh tanpa seurat benang tidak cantik," kata seorang pengunjung pantai berkenaan, Catherine Kalian.

Seorang penduduk tempatan lain, Robyn Thompson turut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang dianggap menjolok mata.

"Terlalu ramai orang di pantai itu, juga terlalu ramai keluarga, saya tidak mahu melihat para pengunjung yang bersiar-siar sambil berbogel," katanya.

Sebelum ini, pengunjung wanita di pantai berkenaan dibenarkan berjemur tanpa memakai coli. - Agensi



sumber: klik sini

6 ulasan:

manueng berkata...

"Saya tidak fikir mereka akan nampak cantik jika berbogel. Tubuh tanpa seurat benang tidak cantik"

setuju dgn statement org ni...masa berjalan sepanjang pantai sitges, barcelona, april lepas, ade sampai kat satu part kat pantai tu yg dijadikan nude beach...xde la best pun...yg bdn ala2 model tu sorg dua je...makcik2 bertayar spare n menggelebeh serta pakcik2 boroi berbulu lebat banyak la...sungguh tidak mengujakan...baik pakai baju...haha~

Qaseh mYra berkata...

huh!.naseb bek kat malaaysia x de tmpat mcm tu..kalo x bertambah la dosa ...

shameel Iskandar berkata...

manusia semakin terhakis kepada kemanusiannya.Dan kebinatangan semakin menjajah diri

Ila berkata...

bukan ke diaorang tu suka berbogel..hehehe

ziraziz berkata...

xde beza pn pkai bju ke x diorang ni.... :P

shishi.. berkata...

masih de org barat yg waras,,, =p

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy