Isnin, 4 Julai 2011

Perkahwinan Yang Baik Menentukan Anak Yang Baik



Perkahwinan merupakan fitrah kejadi Allah kepada manusia, ini bertujuan untuk mengawal pergaulan lelaki dan perempuan yang mempunyai perasaan cinta kasih sehingga boleh menyebabkan berlakukan perzinaan. Perkahwinan juga merupakan satu ikatan pernikahan di antara bakal pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan dengan memenuhi segala syarat dan rukun pernikahan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Bagi sesiapa yang ingin memasuki dalam alam berumahtangga, perlulah mempersiapkan diri dari sudut rohani, jasmani, intelek dan meterial terlebih dahulu. Sebabnya dalam perkahwinan mempunyai berbagai dugaan atau masalah yang akan ditempuh oleh pasangan suami isteri. Semua perkara yang berlaku dalam rumahtangga hendaklah diselesaikan sendiri, perlu membebaskan diri dari kehidupan bujang yang hanya mementingkan diri sendiri atau membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan pasangan masing-masing.Buang segala sikap yang buruk terutamanya sikap egois atau sikap “aku memiliki kuasa vito sebagai seorang suami isteri aku perlu menurut perintah aku”.


Kerana sikap sebegini akan menyebabkan pasangan kita tidak berpuas hati dan merasa kecewa. Lama kelamaan ia akan menimbulkan ketegangan dan konflik dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan berlakunya penceraian.Masalah penceraian yang berlaku dalam masyarakat Islam sekarang ini sangat parah dan boleh dikatakan setiap hari mesti ada penceraian yang akan berlaku. Kebanyakkan punca berlakunya penceraian ialah tidak mempunyai kesefahaman antara suami dan isteri dalam menguruskan rumahtangga, suami atau isteri mempunyai hubungan dengan orang yang ketiga sehingga menyebabkan berlakunya penceraian.Realiti yang berlaku sekarang, kebanyakkan pasangan suami isteri yang berkahwin hanya menilai rupa paras semata-mata, bukan dilihat dari segi agama pasangan mereka yang menjadi ukuran utama. Rupa paras, kecantikkan tidak boleh menjamin kebahgiaan pasangan suami isteri, memang mula-mula berkahwin rasa bangga dan bertuah kerana memiliki isteri yang cantik atau suami yang hensem. Bila sudah lama dan mempunyai anak, kesemua kecantikkan itu hilang dimakan usia.

Timbullah rasa tidak senang dikalangan suami isteri yang mempertikaikan pasangan masing-masing sehingga menyebabkan mereka mencari kesenangan di luar atau orang ketiga.Dari sinilah Rasulullah telah mengajar umatnya supaya mencari pasangan hidup dengan penilaian utama ialah agamanya, kerana agama lebih menjamin kebahgiaan pasangan tersebut dalam melayari bahtera rumahtangga.

Orang yang memilih agama selalunya akan memiliki pasangan yang mempunyai akhlak yang baik dan menenangkan. Inilah harta yang ramai pasangan suami isteri tidak dapat dan harta ini sudah pasti memberikan mereka kebahgiaan di dunia dan di akhirat. Secara tidak langsung juga akan terpancar sinar kecantikkan dan kelembutan pada pasangan masing yang berkahwin berdasarkan agama. Memilih pasangan yang mempunyai agama, maka sudah tentu keluarganya juga adalah dari orang yang baik-baik dan orang yang bertaqwa kepada Allah.


Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda :“Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab : Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah pilihan yang terbaik.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



13 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Sekamar Rindu,

Takut baca berita perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit.

Axie04 berkata...

suka baca N3 ni, mengingatkan kita hala tuju pasangan yang bergelar isteri dan suami

azwa amani berkata...

semoga mendpat anak yg baik suatu hari nanti.. barakallah :)

Yutaka Mushimura berkata...

betul...ape yang dibahaskan....wa kagum loh...thumb up...:)

marsitahsulaiman berkata...

harap cta pn akan ada rezeki utk dpt
anak yg baik =)

With Julia berkata...

Alhamdulilah....sebuah nasihat yg amat baik sekali bg With Julia yang xlama akan mendirikan rumah tangga...moga semua nasihat yg di rencanakan akan terus tersemat di hati dan sanubari supaya dpt menjalankan kewajipan didunia dan diakhirat....amin...terima kasih sekamar rindu :)

cik pha berkata...

lelaki y baeik tuk gadis y baik,gadis y baik tuk lelaki y baik..insyaAllah kalu kit baik..jodoh kita pun sama

nuruhuda_329 berkata...

singgah n follow kamoo^-^

cik arija berkata...

yup, setuju sgt ngan sr..Thumbs up!!! =)

Adylia Qarissa berkata...

kadang kadang terfikir baik hiudp sorang diri daripada kawen then bercerai...apa pon terjadi dengan kehendak Ilahi..semoga sesebuah perkahwinan akan berakhir hingga nafas terakhir

Alisya berkata...

salam..alisya datang lawat..dah lama tak jenguk2 sr di sini..

shameel Iskandar berkata...

Trima kasih ats info yg amat bermakna. Rumahtangga adalah sebuah kerajaan, kecil dan sempit dari segi saiz tapi amat luas dan sgt besar dri segi kepentingan.

**::CIKNUURUL::** berkata...

agama plg penting skali dlm mmlih psangan hdup,.insyallah,.sbb dr agama jgk akn mmbwa prkhwnan ke arah yg lebih trjamin dnia akhrat,.




Wsalam,ckgu,.

sy shat je,.hehe,.thanks sudi snggah blog ek,.Sekamar Rindu sntiasa CN terjah,jgn rsau,.hik3

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy