Khamis, 21 Julai 2011

"Tolong Wan....adik sakit.."

SAKIT...keadaan mangsa yang cedera parah.


IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.

Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.

Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.

Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.


“Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.

“Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal,” katanya sebak.

Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.

“Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.

Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.

Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.

Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala



34 ulasan:

aesh came berkata...

pagi2 bc cerite mcm ni sedih la rasa..huu moga2 adik ni cepat sembuh~amin

rose@ila berkata...

salam
nice blog theme, i follow and link u @ http://fizarose.blogspot.com/

deqla manjew berkata...

kenapa la dibiarkan budak sekecik 2 trn sndri?? septtnye pemandu van 2 trn n bukakkan pintu..n pastikan budak 2 selmt smpai kt umah...budak 2 kan br 3 tahun...huhh...mmg ptt diamek tindakan undang2...

azu berkata...

memang kesian kt budak tu..pemandu van patut aware & btggjwb akan safety kanak2 yg dibawanya!

Sekamar Rindu berkata...

deqla manjew,

tula..sedikit kecuaian..membwa padah..

Sekamar Rindu berkata...

rose@ila,

terima kasih...singgah komen sini..

Sekamar Rindu berkata...

aesh came,

memang cukup simpati..harap tidak berulang lagi.

ina berkata...

sedeyynyeee... kecik lagi bdak tue.. driver van tue patotnye make sure btol2 sblom blah.. mmg ptot ambil tndakn undang2!

Sekamar Rindu berkata...

azu,

betul tu...pemandu van perlu peka akan keselamatan penumpang2nya..

Sekamar Rindu berkata...

ina,

memang sedihh...

Lilyy berkata...

sedih n simpati dgn keadaan adik Muhammad Haziq.. semoga cpt sembuh.. amin..

cik sakdi berkata...

adoii aii driver van xkan xdengar budak tu meraung, jiran pon dengar, xkan la dia x dengar.. eeee mcm menipu je,.

e k i n . berkata...

Ouh, baru bace pasal budak ni tadi. Sedih sgt baca berita sampai tk sanggup tengok gambar. Huhu.

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

ya rabbi..kecuaian yg membawa padah. grrrrr..nak salahkan pemandu van jugak! tak kira! suppose cek la dulu budak dah betul2 kuar ke belum?? moga jadi pengajaran utk dia pas ni

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

ya rabbi..kecuaian yg membawa padah. grrrrr..nak salahkan pemandu van jugak! tak kira! suppose cek la dulu budak dah betul2 kuar ke belum?? moga jadi pengajaran utk dia pas ni

Ila berkata...

kesian nyer budak tu..pemandu sepatutnya pastikan budak tu dah turun

ikatankasihku berkata...

safety first..
kecian..angkara cuai, lalai, anak kecil jadi mangsa keadaan..

SYANI berkata...

Tak sanggup nak tengok budak ni.. Terbayang2 kalau terjadi kat anak sendiri. Nauzubillah!

Qaseh mYra berkata...

ya Allah...x sanggup nak bayangkan apa yang budak ni rasa....nak nanges bila baca ni...adek saya yang umur 17 excident tahun lepas pon saya tak sanggup nak tengok, nikan plak 3 tahun...

a k u y a n g k h i l a f berkata...

pemandu van 2 msty nipu ckp xdgr... xlogik langsung....
teringat mse kecik2 dlu jatuh kt tangge bas sek :) patah gigi depan :)

Sekamar Rindu berkata...

a k u y a n g k h i l a f,

terasa mcm tak logik..

Sekamar Rindu berkata...

Qaseh mYra,

sangat kesian pada budak ni..

Sekamar Rindu berkata...

SYANI,

mesti truma mangsa dan family budak ni..

.izzati liyana. berkata...

sedih. kesian budak tu. kecik-kecik dah rasa sakit mcm tu. bijak pulak. mesti luluh hati parents dia tengok dia macam tu.

Sekamar Rindu berkata...

ikatankasihku,

betul..kerana kecuian...budak yg tak berdosa menjadi mangsa..

Sekamar Rindu berkata...

Ila.

sangat kesian...

Sekamar Rindu berkata...

rose --{@ ibuRafiq @}--,

kecuaian yg membawa padah...

Sekamar Rindu berkata...

e k i n .,

memang sedih..

Sekamar Rindu berkata...

cik sakdi,

tak logik tak dengar..lain la kalau dah pejut dengan lajuu..

Sekamar Rindu berkata...

Lilyy,

pagi2 dah baca kisah mcm ni...memang rasa sedih..

Sekamar Rindu berkata...

.izzati liyana,

memang sangat sedih membaca berita ni..

visitme@FaTiN cOrNeR berkata...

astaghfirullah..kesiannya..

bc sambil bayangkan situasi..sebak lak rasa..

Sekamar Rindu berkata...

visitme@FaTiN cOrNeR,

memang kesian...

**::CIKNUURUL::** berkata...

sedih sgt tgk adik haziq ni,.ya Allah,smbuhkn dia,.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy