Jumaat, 5 Ogos 2011

Gadis 'hamil' setiap kali selepas makan

[kiri]KERRI DOWDSWELL semasa dalam keadaan normal.[kanan] PERUT Kerri Dowdswell membesar selepas dia makan.


CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.

Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi




17 ulasan:

Kakzakie berkata...

Kesainnya dia. Doktor patutnya kena scan sebaik dia habis makan mana makanan itu pergi. Usus dia dekat dgn kulit perut kot. Hehehe.....

cik sakdi berkata...

besarnye perot dia. xleh pakai jeans ni hehe

Anis Adila Aris berkata...

mcm2 perkara pelik kat dunia nie..

AnneRaini berkata...

ade juga penyakit mcm ni ye..seram pulak

Mdm Biar Betul berkata...

mcm mane lah... jadi if klu dia hamil dan makan????

ibh berkata...

Uish!!!..macam2 ja. Tak dapat bayang kalo dia betul2 tgh mengandung... Iskh!..mesti double besonya kan...

CintaZulaikha berkata...

errrr...penyakit ke tuh..

Sekamar Rindu berkata...

CintaZulaikha,

entahlah apa jenis penyakitnya..pelik betul..

Sekamar Rindu berkata...

ibh,

heheh..kalau mengandung pasti 2 jkali ganda besarnya..

Sekamar Rindu berkata...

Mdm Biar Betul,

bertambah lah besarnya..

Sekamar Rindu berkata...

AnneRaini,

penyakit yg sangat pelik..jarang2 berlaku..

Sekamar Rindu berkata...

Anis Adila Aris,

sungguh pelik..

Sekamar Rindu berkata...

cik sakdi,

perut cepat membesar menyusahkan...

Sekamar Rindu berkata...

Kakzakie,

tu la tu kak...hehe...dr pun pening nak cari apa masalahnya ni..

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

tak pulak bgtau byk mana dia makan ekk??

Sekamar Rindu berkata...

THE LEKAT LEKIT STORY,

ya pulak dimaklumkan..hehe

cx's berkata...

ciptaan Allah untuk sesuatu itu adlh ntk manusia bljr dan cari cara penyelesaiannya. ;)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy