Sabtu, 20 Ogos 2011

[ gambar ] Inilah benda yang dibawa bersama untuk ke Planet Musytari pada tahun 2016

1. Mainan Lego

Pada 5 Ogos 2011 lalu, NASA melancarkan pesawat Juno, yang ketika mencapai Musytaripada tahun 2016, akan mengorbit planet tersebut selama satu tahun bumi untuk mempelajari atmosfernya sebelum mencapai permukaan.

Bersama turut serta dalam pesawat ruang angkasa adalah tiga patung mainan Lego: Jupiter, raja para dewa Romawi; Juno, salah satu isterinya; dan salah satu astronomi, Galileo Galilei. Penempatan objek ini merupakan bahagian dari rancangan antara NASA dan kelompok LEGO untuk menarik minat anak-anak dalam mengeksplorasi ilmu pengetahuan dan teknologi.


2. Piringan Emas

Sejak tahun 1977, iaitu ketika pesawat NASA Voyager 1 dan Voyager 2 dilancarkan ke ruang angkasa, setiap bentuk yang punya potensi kehidupan dan punya kemampuan mendengar, punya akses terhadap suara-suara yang ada di bumi. Apa saja isi rakaman tersebut?

Suara tersebut antara lain terdiri dari muzik dari berbagai budaya dan era, suara alam dan suara buatan manusia (aaitu, ciuman antara ibu dan anak, suara hujan, angin dan surfing), semua ada dalam 12-inci cakra tembaga berlapis emas.

Isi dari rakaman ini dipilih oleh sebuah komite yang diketuai oleh Carl Sagan, juga mencakup sebuah pesan dari Presiden Jimmy Carter dan 115 gambar yang dikodkan dalam bentuk analog.



3. Artefak dari Jamestown

Artifak ini ditemukan dari dasar sebuah perladangan oleh para arkeologi yang meneliti koloni di Jamestown, Virginia, Bongkahan bertulisan “Yames Towne" ini kemungkinan pernah melekat pada peti pengiriman barang. NASA menempatkan artifak ini bersama dua set coin di kapal pesawat ulang-alik Atlantis untuk misi Mac 2007, dalam rangka memperingati Jamestown iaitu pekampungan pertama orang Inggeris di Amerika.


4. Lightsaber Milik Luke Skywalker


Penggemar Star Wars tentu sudah tidak asing dengan pedang lightsaber milik Luke Skywalker. Properti dari filem Return of The Jedi ini ikut ke ruang angkasa bersama pesawat ulang alik Discovery dalam rangka merayakan ulang tahun ke 30 dari rilis Star Wars 1977.

Lightsaber tersebut diantar ke bandarCalifornia oleh orang berpakaian seperti Chewbacca, diterbangkan ke Houston, bertemu di sana dengan orang-orang berkostum Star Wars, dipajang sebentar di Johnson Space Center, diterbangkan ke Cape Canaveral, kemudian meluncur ke ruang angkasa dan kembali ke bumi.






Tiada ulasan:

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy