Selasa, 2 Ogos 2011

[ gambar ] Mata kanan Putri Nur Natashah buta akibat bisul

Mata kanan Putri Nur Natashah buta akibat bisul


GOMBAK – Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk mengalami nasib malang apabila mata kanannya kini buta.

Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad, 28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008.

Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk.

“Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan,” ujarnya kepada Kosmo! di rumahnya di Selayang Baru di sini semalam.

Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama.

“Tidak puas hati dengan alasan gigitan nyamuk yang diberi doktor di Hospital Selayang saya kemudian membawa anak saya ke sebuah klinik di Selayang dua hari kemudian dan doktor di klinik itu mengesahkan bahawa ia bisul dan memberi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk membuat pembedahan membuang nanah,”

10 ulasan:

YAYA AZURA berkata...

dari normal jadi buta..alahai besarnya dugaan ...

YAYA AZURA berkata...

dari normal jadi buta..alahai besarnya dugaan ...

e k i n . berkata...

Staff hospital kerajaan memang buat kerja sambil lewa. Kecuaian banyak! huhu.

Axie04 berkata...

YA ALLAH
SAYU SANGAT BILA TENGOK ANAK KECIL DENGAN DUGAAN YANG BEGITU BESAR

eva berkata...

kasihan betul.. pesal hospital tak dpt kesan.. sedihb etul

CintaZulaikha berkata...

Ya Allah. kesiannya..humm, susah klu kita nih tak tau apa2 kan..jpa doc, asik g2 jawapannya..

Nazra Nazurah berkata...

siannya budak ni...

http://nazranazurah.blogspot.com

Faaein Talip Roy berkata...

sedihnya.. hal2 macam ni kadang jangan cepat ambil mudah..

misssazusarin berkata...

kesiannyer bdk ni..hu3

Acik berkata...

uh .. menakutkan!

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy