Isnin, 15 Ogos 2011

Hajat sambut Aidilfitri tak sampai

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat Ismail yang maut dalam kemalangan di Jalan Datuk Md. Zin, Lebuh AMJ di Melaka semalam.


MELAKA – Hasrat seorang pemandu teksi untuk menyambut Aidilfitri bersama isteri tercinta dan empat anaknya awal bulan depan tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Datuk Md. Zain di Lebuh AMJ di sini semalam.

Lebih menyedihkan apabila semasa kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa Ismail Zainol Abidin (gambar), 45, dari Taman Sri Kelemak, Alor Gajah mahu keluar mencari rezeki sebagai pemandu teksi selepas makan sahur menu nasi ayam bersama keluarga dan empat anaknya yang berusia lima hingga 13 tahun.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu seorang jururawat, Cynthia Lim Ching Gek, 24, yang memandu kereta Proton Saga BLM.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran berkata, kemalangan itu berlaku ketika teksi dipandu Ismail yang dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menuju ke pusat bandar bertembung dengan kereta Cynthia yang datang dari arah bertentangan.

“Kedua-dua buah kereta itu bertembung di persimpangan lampu isyarat ketika kereta dipandu Cynthia membelok menghala ke Batu Berendam namun terbabas masuk ke lorong bertentangan.

“Ketika itu teksi dipandu Ismail tidak sempat mengelak kereta dipandu Cynthia,” kata beliau.

Menurut beliau, akibat pertembungan itu kedua-dua pemandu kenderaan itu meninggal dunia di tempat kejadian.



5 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

makin nak raya, makin macam ribut org bawa keta...takot btol..

.izzati liyana. berkata...

innalillah..kasihan si isteri dan anak-anak. arwah pun masih muda lagi. maut tak mengenal usia. tazkirah diri masing-masing di bulan mulia ni.

hani@debumelukut berkata...

ni lah berita yg kita tak nak dgr sebelum aidilfitri..

Edy Fee berkata...

innalillah...hurmm ketentuan ilahi...sedihnye family dia

iyka syafika berkata...

tahu xpe...mintak allah panjangkn usia org yg kite syg..amin..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy