Jumaat, 26 Ogos 2011

IBU Paksa Anak Pakai Tanda SAYA PENCURI



Seorang ibu di Australia telah menyuruh anaknya yang berusia 10 tahun berdiri di khalayak ramai dengan kertas yang tergantung di lehernya yang tertulis memberitahu dirinya seorang pencuri.

Tulisan pada kertas yang digantung itu ialah, "Do not trust me. I will steal from you as I am a thief." ("Jangan mempercayai saya. Saya akan mencuri daripada anda kerana saya seorang pencuri.")

Kanak-kanak itu juga disuruh memakai telinga Shrek dan menulis barisan perkataan berulang kali.

Wanita itu berkata anaknya telah mula mencuri sejak dia berumur tujuh tahun dan dia telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghentikan anaknya daripada terus mencuri.

"Saya telah menghantarnya pergi ke kursus-kursus, kaunseling telah dilakukan, saya telah lakukan semua yang boleh," katanya.

Apabila semua usaha itu terbukti hanya sia-sia, dia menyuruh anaknya berdiri dengan kertas tanda di sebuah taman selama sejam.

"Saya fikir dia mendapat pelajaran itu, saya fikir bahawa satu jam (di taman) sudah cukup untuk beliau. Saya tidak sekali-kali mahu melakukan perkara ini sekali lagi "

Ibu kanak-kanak ini sendiri mempunyai sejarah jenayah dan mahu memastikan anaknya tidak mengikuti jejak langkah beliau.


Pada SR ternyata hukuman ini sangat melampau dan tak wajar dilakukan ..




7 ulasan:

▪littleimie▪ berkata...

huhu kesian gak.Tapi manalah tahu cara ni berkesan =(

myra kepochi berkata...

kesian betul dgn budak tue... tak mengaibkan ke buat macam tu?

Sekamar Rindu berkata...

▪littleimie▪,

memang rasa kesian..

Sekamar Rindu berkata...

myra kepochi,

memang sangat mengaibkan..dari segi emosi pasti terganggu anak tu

Liza @ Adzriel AB berkata...

takut jadi lagi teruk. entah anak tu berdendam pulak. patutnya maknya sendiri kaunselingkan budak tu dari hati ke hati dgn penuh kasih sayang agar kesedaran tu timbul dari hatinya sendiri. yelah.. mungkin susah juga nak merealisaikannya tapi cara ni mcm tak sesuai je.

fiqah berkata...

mgkn pengalamn lampaunya mmbuat si ibu brtidak bgitu..

cx's berkata...

kdg2 kita terpaksa mendidik melampau batas agar anak2 tdk tersesat kejln yg hitam. nmun kesan negatifnya juga byk bila kita mendidik melampau lampau. ssh nk kata.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy