Sabtu, 6 Ogos 2011

Inilah Model Yang Berumur 10 Bikin Kejutan Di Perancis


WAJAH Thylane Lena-Rose Blondeau dalam majalah Vogue Enfants.

NEW YORK - Gaya seorang model kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun yang dipaparkan dalam majalah Vogue Enfants telah mencetuskan kejutan dalam industri peragaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Gaya kanak-kanak itu, Thylane Lena-Rose Blondeau yang semakin menjadi sebutan dalam arena fesyen telah menimbulkan kontroversi kerana dia memaparkan gaya tarikan seksual seperti individu berusia dua kali ganda umurnya.

Thylane telah muncul dalam pelbagai kempen dan imejnya tersebar luas di Internet.

Kejelitaan wajah kanak-kanak dari Perancis itu pernah menghiasi muka depan majalah Vogue Enfants dalam edisi khas.

Dilahirkan di Ivory Coast, Thylane merupakan anak pasangan pemain bola sepak pasukan Perancis, Patrick Blondeau dan pelakon VĂ©ronika Loubry.

Seorang perunding psikologi, Dr. Emma Gray menyatakan bahawa gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didedahkan dalam dunia orang dewasa.

Menurutnya, sebelum kanak-kanak didedahkan dengan dunia seperti itu, orang dewasa perlu mencipta suasana yang memberikan golongan tersebut masa dan ruang selain memupuk perkembangan fizikal serta psikologi. - Agensi





9 ulasan:

-misz zela- berkata...

orang eropah ni macam2..kecik2 pun da jdik cmtu...pkongsian y bags=))

**::CIKNUURUL::** berkata...

aah la,.bdk lg,.hehe,.

lavenderlover berkata...

wow..dasyat gak budak ni..

wida berkata...

kecik kecik dah jd model.

farah hanim berkata...

pergh
hebtnye la haih

Titisan Hujan berkata...

terlebih ke depan btol
dasat

Edy Fee berkata...

masyuuukk.kecik2 dah kaye

Azie Azman berkata...

kecik sangat haa budak ni..
ish3..

cx's berkata...

hehe. tk tahu nk ckp ape. dunia semasa melangkau usia budak ni. hehe. kesian lah kau adiq :)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy