Rabu, 24 Ogos 2011

Kanggaru curi seluar dalam wanita dari ampaian

BENJI yang merupakan seekor kanggaru ditangkap polis selepas ia mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di Prague baru-baru ini.


PRAGUE, Republik Czech - Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.

Sebelum ditangkap, polis mendapat panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di ampaian baru-baru ini.

Seorang jurucakap polis menjelaskan bahawa pihaknya juga menerima aduan daripada pemilik kanggaru itu bahawa haiwan tersebut telah melarikan diri.

Menurutnya, ketika itu, polis tidak berpendapat bahawa kedua-dua kes berkenaan mempunyai kaitan.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: "Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

"Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya." - Agensi


sumber:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm




p/s..kanggaru nak buat apa seluar dalam wanita tu..?


8 ulasan:

sara zainol berkata...

errr.. adakah kerna tuannye yg suruh? hahaha

eintan nurfuzie berkata...

jahat tul kanggaro 2...hehehe

belogkiter berkata...

nakal ye kamu benji

Terbang Bersamaku berkata...

haishh..gatai sungguh kanggaru tue...huhuhu..:p

Kakzakie berkata...

Binatang ada otak tapi tak ada akal. Dia pun tak tahu maksudnya... Kelakar pulak macam tak ada benda lain nak diambil...:)

Nida berkata...

Kelakar pulak cerita ni.... hehe. Kanggaru pun pandai menggatal ek...

Faaein Talip Roy berkata...

kanggaru leh paham ke apa dia buat tu...

cx's berkata...

lawak la. huhu. nakai sungguh benji ni. nasib baik haiwan.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy