Sabtu, 6 Ogos 2011

"Ku sangka 3, rupanya 8"



BUKTI...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat dan gambar suaminya.



KUALA LUMPUR: “Saya terpedaya dengan pujuk rayunya dan tidak menduga dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita yang semuanya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya pecah.

“Dia (suami) memperdaya saya kononnya bakal mewarisi harta pusaka sebanyak RM1.4 juta hasil tinggalan ibu bapanya semata-mata mengaburi saya supaya mengahwininya,” kata pemilik kedai dobi, Latifah, (bukan nama sebenar) isteri kelapan suami barunya berusia 42 tahun yang mengaku golongan atasan bagi memperdaya wanita untuk berkahwin dengannya sebelum mengikis harta mereka.

Sebelum berkahwin pada 31 Ogos tahun lalu di Thailand tanpa pengetahuan keluarga, lelaki itu mendakwa sebagai pengusaha kolam ikan keli di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, bagi mengukuhkan pembohongannya.

“Selepas rahsianya terbongkar dia bukan orang kaya, dia mendakwa pula bekerja sebagai pegawai polis dan pegawai imigresen yang digantung kerja. Namun, itu semua dusta belaka yang digunakan suami untuk mendapatkan wang saya sebelum dia menghilangkan diri,” katanya.


Latifah berkata, sebelum berkahwin suaminya mendakwa duda beranak dua, namun hakikatnya, selepas diselidik dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita dan kebanyakannya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya diketahui isteri-isterinya.


sumber: harian metro 6hb Ogos 2011




7 ulasan:

RaNiA berkata...

terkelabu dengan wang ringgit sehingga tertipu..mintak dijauhkan daripada manusia macam nie...

Sekamar Rindu berkata...

RaNiA,

kelabu dengan wang ringgit..moga2 dijauhkan semua yg tak baik...

Tasha berkata...

ni knl bpe ari tros kawen ni..huhu...duet punye psl,smoge dijauhkn

AnNa FaRHaNa berkata...

ya Allh...8 dah dia kwin...mudahnya wanita trtipu..

**::CIKNUURUL::** berkata...

tragisnye,..kne tipu idup2,rupenyer dh kwen 8

Azie Azman berkata...

laki macam ni pun ade?
bo;leh akwen 4 je la..
tak reti kire ke?
adoii..
jangan tertipu dengan wang ringgit la..

cx's berkata...

tk tahu nk komen cmne. takot t'kne btg idong sndiri kan. mne la kite tahu future kita cmne. so satu je leh ckp. itupon ntk diri cx sndri n tk tuju pd sesiapa > duniawi tidak menjaminkan apa-apa

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy