Jumaat, 5 Ogos 2011

Pelakon komedi BRITISH Rowan Atkinson (Mr Bean) Hampir Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya

Kereta Rowan Atkinson kemalangan.


Atkinson di dalam McLaren


Pelakon komedi BRITISH Rowan Atkinson dimasukkan ke hospital hari ini selepas terselamat dari kemalangan yang menakjubkan selepas kereta sport McLaren F1 mengalami kemalangan di sebuah jalan raya di timur England.

Pelakon berusia 56 tahun itu telah kehilangan kawalan ke atas keretanya dan sekaligus kerugain £ 650,000 kenderaan (USD 1.05 juta), ketika memandu pada kelajuan 368 km/h, sebelum melanggar sebuah pokok dan kemudian seatang tiang lampu menurut laporan Daily Mirror.

Kereta itu kemudian terbakar, dengan Atkinson berusaha untuk mengeluarkan dirinya daripada keretanya itu.

Panggilan kecemasan telah dibuat ke tempat kejadian yang berhampiran kampung Haddon, Cambridgeshire pada jam 7:30 pagi.

Anggota bomba berjaya memadamkan api dan Atkinson telah dibawa ke Hospital Daerah Peterborough kerana mengalami kecederaan bahu.

Seorang saksi berkata: "Rowan sangat bernasib baik kerana masih hidup jika dilihat keadaan kereta."

Tiada kereta lain dilaporkan terlibat dalam kemalangan tersebut.




4 ulasan:

Si DauN CeRi berkata...

bile belum waktunya ajal, mcm mana teruk pon kemalangan yg jadi, org tu tetap takkan mati.. mcm dlm satu video yg sy pnah tengok sebelum ni, org tu dah kena langgar n hilang separuh badan die, tp tetap hidup dan boleh bercakap-cakap dgn org awam yg ada di tmpt kejadian.. Allahuakbar.

a loqman berkata...

singgah malam..sahabat

cx's berkata...

fuh. kalau dah Allah kate blm ajal die. maka hiduplah dia lagi

cik sakdi berkata...

ish, tetibe mr bean nampak hensome. haha

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy