Selasa, 2 Ogos 2011

Tiba-Tiba Ular Muncul Di Cermin Kereta Pada Kelajuan 105km/s



MEMPHIS - Rachel Fisher dan keluarganya sangat nernasib baik apabila seekor ular yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya tidak menyebabkan berlakunya kemalangan. Sedangkan ketika itu Rachel sedang memandu pada kelajuan 105 km/j.

Ular tersebut tiba-tiba muncul dari enjin kereta dan merayap ke cermin hadapan sehingga membuat Rachel dan ketiga anaknya terperanjat dan menjerit ketakutan. Namun, Rachel masih dapat mengendalikan sterengya dengan baik.

Sementara suamninya Tony, yang duduk disebelahnya, tetap tenang dan merakamkan kejadian tersebut menggunakan kamera telefon bimbitnya dan kemudian dimasukkan ke dalam Youtube, dan menjadi video popular setelah tiga hari.

"Saya sebenarnya tidak takut ular, namun saya terperanjat apabila tiba-tiba ada penumpang yang tidak sepatutnya berada ketika sedang memandu laju pada kelajuan 105 km per jam, ketiga-tiga anak saya pun turut menjerit, tapi kami semua tertawa akhirnya," kata Rachel Fisher seperti dipetik dari Dailymail, Selasa (2/8/2011).

Peristiwa tersebut berlaku pada minggu lalu, ketika Rachel bersama suami dan ketiga anaknya, Elizabeth (3), Judah (2), dan Rivers (4 bulan) kembali ke Memphis setelah mengunjungi orang tuanya di Cordova.

Ular tersebut akhirnya terjatuh ke atas jalan setelah sekitar tiga hingga empat minit berada di atas cermin hadapan.

Rachel dan suaminya menduga, ular tersebut menjalar masuk ke dalam enjin kenderaan mereka pada malam ketika mereka parkir di kawasan berhutan dan keluar dari enjin kerana kepanasan.

Video milik Tony pun sudah dilihat sekitar 26,000 kali di Youtube.


sumber: klik sini

4 ulasan:

fiq. berkata...

kalau saya, mesti terpejam-pejam mata,,seram nak nengok, huhu

ShErA berkata...

nasib baik la tak jadi apa - apa... boleh accident sebab terkejut ni...

ShErA berkata...

nasib baik la tak jadi apa - apa... boleh accident sebab terkejut ni...

WHYJ berkata...

haha , kena tolak pakai wiper nih :D

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy