Sabtu, 29 Oktober 2011

Budak Berumur 3 Tahun Pecah Kepala Dilanggar Guru Di Luar Pintu Pagar Sekolah SK Pasir Gebu, Kepala Batas

MOHD. ZAMRI (kanan) mengangkat mayat Nor Afina (gambar kecil) yang maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.


KEPALA BATAS - Seorang kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila kepalanya dikatakan pecah selepas dirempuh dan digilis sebuah kereta dalam kejadian di luar Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu di sini semalam.

Kejadian pukul 12.10 tengah hari itu menimpa Nor Afina Khalida Zamri, 3, ketika dia sedang duduk di atas motosikal bersama bapanya, Mohd. Zamri Hashim, 36. Ketika itu, dua kakaknya, Nor Ellys Najwa, 9, dan Nor Alia Farhana, 7, baru hendak menaiki motosikal tersebut.

Tanpa diduga, motosikal itu terus dirempuh sebuah kereta dipandu seorang guru sebuah sekolah di Kuala Muda yang terbabas menyebabkan Nor Afina tercampak sebelum digilis kenderaan terbabit.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Supritendan Suhaimi Mohd. Noor berkata, kereta itu hanya berhenti selepas bergesel dengan sebuah lagi kenderaan yang diletakkan di luar sekolah.

Katanya, sebaik diperiksa, mangsa yang tinggal di Kampung Permatang Rawa di sini didapati tidak lagi bernyawa akibat cedera parah di kepala.

"Dua kakak mangsa mengalami luka di beberapa bahagian badan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kepala Batas manakala Mohd Zamri tidak cedera.

"Pemandu kereta itu yang cedera turut dirawat di hospital itu sebelum dia ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan cuai dan membahayakan," katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakau Tua di sini semalam.



16 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Itu kemalangankan. Kesian. Al Fatihah untuk anak kecik tu dan takziah untuk keluarganya.

Tabahlah dengan dugaan ini.

Raden berkata...

nk kate salah cikgu tu 100% pn xjugak..knape ayah die nk bwk 3 org anak naik moto serentak? xpkai helmet pulak tu...

Faaein Talip Roy berkata...

Salam SR..

Sedihnya.. teringat peristiwa di China tu...

Al-Fatihah untuk anak-anak kecil ini..

fadh leyanie berkata...

Al Fatihah untuk arwah,.

nieysa:) berkata...

bace kat KOSMO td .
kesian . al-fatihah

ahsfantasy24 berkata...

Yaallah~
ngerinya :(

ZILFALILAH SYUHADA berkata...

PERLU DIINGAT UNDANG-UNDANG KETIKA MEMANDU DI KAWASAN SEKOLAH
TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA..
AL-FATIHAH...

**::CIKNUURUL::** berkata...

kawasan sekolah la yg perlu berhati-hati,.budak2 ramai,.ya Allah,sedih bace,.

Sekamar Rindu berkata...

**::CIKNUURUL,

betul tu Cik Nurul,..bila dah berlaku mcm ni..semua pihak susah..

Sekamar Rindu berkata...

ZILFALILAH SYUHADA,

suatu siasatan terperinci perlu dijalankan segera..

Sekamar Rindu berkata...

ahsfantasy24,

sangat ngeri..

Sekamar Rindu berkata...

nieysa:),

sangat menyedihkan..

Sekamar Rindu berkata...

fadh leyanie,

alfatihah buat arwah juga..

Sekamar Rindu berkata...

Faaein Talip Roy,

betul tu..faaein..sungguh menyedihkan..di China lagilah..budak yg kena langgar pun x ada sape nak nolong...

Sekamar Rindu berkata...

Kunang-Kunang,

kak..sungguh menyedihkan....

Sekamar Rindu berkata...

Raden,

siasatan terperinci akan menentukan siapa yg salah.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy