Ahad, 9 Oktober 2011

Demi Beli Cincin Tunang Lelaki Ini Sanggup Jual Ginjalnya

Rela mati demi cinta. Nampaknya itulah yang membuat seorang lelaki asal Ukraine nekad menjual ginjalnya demi membeli sebuah cincin pertunangan seharga £12.300 ribu seperti dikutip dari mirror.co.uk.

Lelaki itu mungkin berfikir kekasihnya akan bertambah cinta saat dilamar dengan cincin indah yang supermahal. Alih-alih membuat kekasihnya bahagia, ia justeru diputus kekasihnya. Sang kekasih marah dengan keputusannya yang membahayakan kesihatan.

Street Journal menyebut bahawa penjualan organ manusia telah menjadi bisnis yang menguntungkan di beberapa negara, sejak kesan kejatuhan ekonomi global.

Di Inggeris misalnya, bukan hal mengejutkan lagi jika menemukan iklan penjualan ginjal di internet. Beberapa bahkan menentukan calon pembeli harus siap untuk membayar setidaknya £1.000 untuk biaya perjalanan ke luar negeri, ditambah tiket pesawat dan £1.200 atau sekitar biaya tambahan mengingat banyak ahli bedah yang enggan melakukannya kerana alasan menyalahi undang-undang dan faktor risiko..

Sejumlah penyiasat mengungkapkan bahawa penjualan ginjal pernah menembus angka £25.000 . Sebahagian besar pelaku nekad menjual ginjal kerana faktor ekonomi. Meskipun tak dipungkiri faktor ekonomi menjadi motivasi utama, namun mereka juga beralasan ingin berkontribusi menyelamatkan para pesakit yang memerlukan organ.

Jun lalu, kes penjualan ginjal juga sempat membuat heboh. Seorang remaja 17 tahun dari China rela menjual ginjalnya seharga £2.000 demi membeli komputer tablet iPad 2. Ia melakukan operasi pengangkatan ginjal di sebuah hospital di kawasan utara kota Chenzhou, Provinsi Hunan.

Perdagangan organ masih rancak di China, meskipun pemerintah setempat berulang kali mencuba membasmi perlakuan tersebut. Tahun lalu, sebuah stesyen televisyen di Jepun mengungkap bahawa sekelompok pelancung transplantasi berhasil mendapatkan ginjal baru di China seharga £5.000 .



7 ulasan:

Azie Azman berkata...

kalau ye pun jangan la sampai jual organ..huhu

Dayah berkata...

wah dasyat2

Nazura Naa berkata...

lor..ade jgk ke org mcm nie..huhu..syg organ! xdapat nk tuka dgn wang ringgit..huhu

Sekamar Rindu berkata...

Nazura Naa,

demi cinta laa katakan..:))

Sekamar Rindu berkata...

Dayah,

memang dasat..::ehhe

Sekamar Rindu berkata...

Azie Azman,

nak beli cincin punya pasal."))

noRule WhOda berkata...

terharunyer....

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy