Rabu, 26 Oktober 2011

Foto Kanak-kanak di Tapak Pelupusan Sampah Menang 'The Environmental Photographer of the Year Competition'


Pemenang Pertandingan Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2011, Chan Kwok Hung menerangkan bagaimana dia berhasil untuk menangkap gambar tentang kehidupan dua orang kanak-kanak yang terdedah dengan pencemaran alam sekitar akibat masalah kemiskinan.

'Gambar itu diambil di Kathmandu, ibu kota Nepal. Dua orang kanak-kanak ini tinggal berdekatan dengan kawasan pembuangan sampah bersama nenek mereka. Setiap hari mereka mencari sesuatu yang berguna yang boleh dijual semula untuk mendapatkan wang supaya mereka boleh membeli makanan.

Jika mereka tidak menjumpai apa-apa, nenek mereka memarahi dan menyalahkan mereka. Malangnya, mereka tidak menemui apa-apa untuk beberapa hari, dan mereka berasa sangat lapar.

“Saya memberikan mereka sedikit wang dan biskut selepas mengambil gambar ini, tetapi saya tidak tahu siapa yang akan membantu mereka selepas itu,” kata Encik Chan.

Antara gambar-gambar menarik perhatian para juri ialah Pantai Holderness yang terletak di Timur Yorkshire mengalami kadar hakisan pantai tertinggi di Eropah.

Seterusnya ialah seekor udang berada di dalam rahang belut moray yang amat ditakuti manusia sedang membersihkan gigi belut moray.

Seorang ibu yang kehilangan tempat tinggal di India menghuni paip 'pembetung' bersedia untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah manakala anaknya yang masih mengantuk sedang lena dibahunya.[dailymail.co.uk]











9 ulasan:

cx's berkata...

thumbs up. semoga ada yang prihatin t'hdp mereka. gmbr yg penuh erti disebaliknya.

Amirah Yusof berkata...

untung la dia menang..tp budak2 tu tetap cmtu jgk kann..
alahai

erleena berkata...

ohsem kowt gmbaq,sdey je gmba fes tuh , tp its really full of meaning :)

RoseLangkawi berkata...

salam
terima kasih atas entri ini...
sungguh menginsafkan

Sekamar Rindu berkata...

RoseLangkawi,

terima kasih komen.di blog ni.

Sekamar Rindu berkata...

cx's,

penuh penderitaan..

Sekamar Rindu berkata...

Amirah Yusof,

moga sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak tentang pencemaran alam sekitar

Sekamar Rindu berkata...

erleena,


full of emotions for me..:)

Penjiwa Jalanan berkata...

kemiskinan selalu jadi tiket untuk meraih simpati.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy