Ahad, 9 Oktober 2011

[ kejam ] Suami Potong Kepala Isteri Dan Bawa Kepala Isteri Bersiar-siar



Seorang lelaki berasal dari Guwahati, Assam di India, telah membunuh isterinya dan berjalan keluar ke jalan utama dengan kepala isterinya yang terputus dan parang yang berlumuran darah sebelum ditangkap.

Ranjit Das, bapa kepada dua anak lelaki berusia sembilan dan enam tahun, menjalankan perniagaan kedai runcit kecil dan juga bekerja sebagai seorang pemandu autorickshawsambilan

Dia dituduh membunuh oleh Ketua Hakim di mahkamah majistret pada hari Jumaat lalu dan dikenakan tahanan reman.

Isteri yang dikahwininya sejak 10 tahun, Amiya Daimary Das bekerja sebagai jururawat di Kesihatan Luar Bandar India. Beliau telah bertugas di Barpeta, kira-kira 170km dari Guwahati dan pulang ke rumah pada minggu lepas.

Ranjit kemudian mengesyaki Amiya mempunyai hubungan sulit dan mendakwa dia mempunyai bukti.

Beliau kemudian mengkelar leher isterinya pada hari Khamis lalu dengan parang, dan membawa kepalanya yang berlumuran darah dan berjalan melalui jalan utama bersamanya. Beliau kemudiannya ditahan oleh polis peronda.

"Saya mempunyai bukti yang cukup tentang perhubungan sulit itu. Beliau telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki lalu menyebabkan saya hilang pertimbangan dan membunuhnya," kata Ranjit.

Beliau mendakwa hendak pergi ke balai polis untuk menyerah diri ketika polis menangkapnya


5 ulasan:

Norsha berkata...

MasyaAllah....kejamnya...

miss fatihah berkata...

anak2..kesian..

Sekamar Rindu berkata...

miss fatihah,

sangat kesian..:)

Sekamar Rindu berkata...

Norsha,

berkemungkinan besar lelaki ni kurang siuman kot.:)

cx's berkata...

seriau .

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy