Khamis, 6 Oktober 2011

Pekerja hotel ini insuranskan punggungnya sebanyak £ 4 juta poundsterling




Demi melindungi penampilan dan bahagian tubuh yang dianggap berharga, para selebriti tak segan mengeluarkan berjuta-juta duit. Mereka rela menginsuranskan bahagian-bahagian tubuh yang dianggap menarik dengan nilai selangit.

Sebut saja Jennifer Lopez yang menginsuranskan punggungnya, Heidi Klum yang menginsuranskan dua betisnya serta Dolly Parton yang menginsuranskan payudaranya. Nilai asuransinya, ratusan juta ringgit.

Namun, Natalie Thomas bukanlah seorang artis. Dia bekerja sebagai pekerja sebuah hotel Premier Inn. Dia bertugas menguji keempukan tilam pada tempat tidur di tiap bilik hotel.

Punggung merupakan alat kerja utama selama menjalankan tugasnya. Demi menjaga agar kesihatan punggungnya terjamin, perusahaan tempatnya bekerja menginsuranskan 'aset' Natalie sebanyak £4 juta.

Wanita 39 tahun dari Luton, Bedfordshire, menguji sekitar 24 tempat tidur bilik hotel setiap hari. Natalie yang kerap disebut sebagai 'Direktor tempat tidur' bertugas memperhatikan kualiti tilam. Dia menguji seberapa nyaman tilam dengan 46.000 pegas tersebut.

Saat memeriksa tilam, Natalie memerlukan waktu sekitar 20 minit untuk memutuskan apakah tilam layak pakai atau tidak.

Anggota Kerajaan

Premier Inn merupakan hotel yang baru di London dan baru beroperasi selama dua bulan. Hotel itu berpromosi akan memperlakukan setiap pengunjung sebagai anggota kerajaan.

Perusahaan juga merancang membuka 20 hotel baru dalam dua tahun di sekitar London seperti di Leicester Square, Blackfriars, Old Street, Holborn dan Islington.

Pengurus Hotel dan Restoran Premier Inn, Patrick Dempsey, menyatakan pertumbuhan hotel menawarkan kesempatan kepada masyarakat yang lebih luas untuk menikmati keselesaan di lokasi terbaik saat berada di London.

Kami memiliki 267 bilik luar biasa di salah satu tempat terbaik di London. Setiap pengunjung dapat tidur nyaman di sini, katanya seperti dikutip dari Metro.



sumber: klik sini



3 ulasan:

Gua Tertidur berkata...

kalau nk insuran kote? hahaha. gilo la boleh insuran aset sendiri!

aiEz berkata...

err giler,heh

cx's berkata...

mcm ni pon ade kan?

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy