Sabtu, 22 Oktober 2011

[Rosak Moral] Gadis Jual Tubuh Demi Satu Tin Gam


GADAI MARUAH...Alia (kiri) mencari pelanggan tepi jalan.

KUANTAN: Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.

Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.


Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dan berjaya berbual-bual dengannya.

Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.


Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.


“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.

“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba. Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai. Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.

Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia.

Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan.


Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan.


“Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan.


“Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya.


Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya.


sumber : Harian Metro 22hb Oktober 2011



22 ulasan:

cik yuki berkata...

hmm mcm2 skrg ni . .

ikatankasihku berkata...

inilah juga yang sering berlaku di mana..waktu malam

Kakzakie berkata...

Ramai bangsa kita yg rosak hanya kerana mahukan keseronokan dunia dan merosakkan diri sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Usia yang sepatutnya sedang menimba pelajaran disekolah.

Kesian emak ayahnya.

eita berkata...

teruk jugak kalau macam ni...

amniey91 berkata...

wah..sanggup tu gadai maruah..nauzubillah..huhu...:)..
en.SR ,xknl pn..hihi...

Faaein Talip Roy berkata...

kalau dah ketagih tu.. macam-macam boleh berlaku.. mohonlah dijauhkan.. ngeri sungguh...

cikzsmile berkata...

salam. hmm,pelik2 yer semua nie? nauzubillah la. moga Allah lindung kita semua :)

rumah kayu berkata...

inilah hasilnya 53 tahun kita merdeka!!

cx's berkata...

Allahuakbar. jauhkanlah kami drp perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

WHYJ berkata...

manusia yang pada fitrahnya seperti kain putih , bagaimana boleh dikotorkan dengan sahsiah sedemikian rupa ? hurm. ibu bapa harus mencorakkannya dengan agama. bukan dengan masalah keluarga seperti penceraian.

Sekamar Rindu berkata...

WHYJ,

peranan ibu bapa sangat mencabar sekarang ni..namun pengaruh persekitaran, pergaulan, media massa menjadikan masalah ini bertambah parah..

Sekamar Rindu berkata...

cx's,

semoga Allah menjauhi kita drp perkara2 yg tidak baik ni...amin.

Sekamar Rindu berkata...

rumah kayu,

inilah harga yg terpaksa kita bayar..tapi memang menyedihkan anak2 bangsa kita terlibat dlam hal2 yg tak bermoral ini..

Sekamar Rindu berkata...

cikzsmile,

memang sangat pelik..mcm2 berlaku..

Sekamar Rindu berkata...

Faaein Talip Roy,

sama mcm dadah juga..bila dah ketagih tak dapat diselamatkan lagi..mesti nak juga benda tu (gam) tak ada duit terpaksa jual diri...

sangat malangnya..

Sekamar Rindu berkata...

amniey91,

terpaksa buat bila dah ketagih.:)

Sekamar Rindu berkata...

eita,

memang teruk..sungguh menyedihkan

Sekamar Rindu berkata...

Kunang-Kunang,

betul tu puan...sangat kesian pada mak dan ayah budak malang ni.

Sekamar Rindu berkata...

Kakzakie,

sungguh menyedihkan kak, moga kita semua dijauhi perkara2 yg tak baik tu.

Sekamar Rindu berkata...

ikatankasihku,

di siang hari pun sama ada berlaku.

Sekamar Rindu berkata...

cik yuki,

memang mcm2 sekarang ni.:0

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy