Jumaat, 2 Disember 2011

Lelaki Mengamuk Lepaskan Puluhan Ekor Ular Berbisa di Pejabat


Protes terhadap beratnya birokrasi di India berubah menjadi “beracun” ketika seorang pawang ular yang marah melepaskan tiga guni yang penuh berisi ular berbisa di kaki para pegawai dan pekerja pejabat negara tersebut, pada Rabu (30/11/2011) kelmarin.

Aksi pawang yang melepaskan hampir 40 ekor ular berbisa, termasuk empat ular cobra yang boleh membawa maut ini membuat para staf bergegas ke pintu keluar ketika puluhan reptilia ini mulai merayap di lantai pejabat tanah di kota Harraiya, di Uttar Pradesh.

Menurut theaustralian, orang-orang yang tidak sempat melarikan diri, mengambil inisiatif memanjat ke atas meja untuk menghindari gigitan ular-ular tersebut, sementara yang lain mengibas-ngibaskan potongan kain untuk menakut-nakuti mereka.

“Ular mulai memanjat meja dan kerusi ratusan orang berkumpul di luar ruangan, beberapa dari mereka memegang tongkat. Berteriak bahawa ular harus dibunuh,” kata Ramsukh Sharma, seorang pegawai, yang mengatakan bahawa ular itu menyebabkan kekacauan total di pejabat itu.

Ular-ular itu akhirnya dapat ditangkap kembali oleh polis dan staf dari Jabtan Perhutanan Negara, namun pawang ular yang melepaskan mereka, Hukkul Khan yang tinggal di desa Lara, masih belum berjaya ditangkap






6 ulasan:

luahfikiran berkata...

SALAM,
MACAM2 CARA NAK MELEPASKAN DIRI !

AwieKashi berkata...

wah....nie bahaya giler kalau kena...
mati pun boleh...
mengamuk tak ingat org nie...

ShahzCudin berkata...

ganas betul..klo pawang buaya yg mengamuk jenuh plak nk tgkap buaya..

Sekamar Rindu berkata...

ShahzCudin,

hahhaa..memang ganazzzz

Sekamar Rindu berkata...

AwieKashi,

memang bahaya..:)

Sekamar Rindu berkata...

luahfikiran,

Dato, mcm2 berlaku..di tempat orang

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy